“KAMI tak kisah bekerja keras untuk menyekat penul4ran c0v1d-19. Bukan kami minta dihampar karpet merah.
“Betapa kami cuba melakukan tugas kami (dengan sebaiknya). Sangat menyedihkan,” demikian luahan hati seorang petugas barisan hadapan.
Memetik hantaran statusnya di Facebook (FB), Sakinah Sulong meluahkan kekecewaannya itu terhadap sikap negatif segelintir individu yang diperiksa ketika bertugas di lapangan bagi mengambil sampel sama ada mereka dij4ngk1ti v1rus berkenaan.
“Manusia tak kira warna kulit datang dengan dua lubang hidung dan satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kiralah siapa pun dia tapi ralatnya bila kami menyaksikan ada manusia sangat sombong.
“Masa kami ambil sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bekerjasama, jarang buat masalah atau berg4duh dengan petugas.
“Tapi bila ada golongan baru turun dari kayangan (kluster luar negara) macam-macam kerenah terpaksa dihadapi, tak nak dikuarantin, marah-marah, panggil staf kami dog…pencacai najis,” katanya.
Berikutan itu, Sakinah mencadangkan mereka yang tidak mahu bekerjasama ditahan di lokap.
“Saya fikir kalau begini kelakuan orang dikuarantin amat bagus jika laporan p0lis dibuat atau MKN keluarkan arahan disumbat dalam lokap sementara kalau tak mahu bekerjasama.
“Kami petugas kesihatan bertindak mengikut arahan hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negara ini selamat dan tidak menyebarkan (w4b4k) kepada orang lain.
“Memang kami kena kerja kuat sekarang bertugas siang dan malam buat saringan tapi nampaknya ada orang turun kayangan ini sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan. Memang tak bersyukur!” luahnya.
Sementara itu, seorang individu menggunakan akaun FB Al Hafiz Burhanuddin pula mendedahkan kisah sebenar pengalaman dan kesulitan pihak golongan ‘kluster kayangan’.
“Walau pahit nak telan, tapi kena akui memang wujud kepincangan dalam mengendalikan rakyat Malaysia yang baru tiba dari luar negara hingga ada terkandas lima jam sebelum tiba di hotel,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM