SERAMAI 285 penuntut jurusan perubatan dan pergigian di Mesir selamat pulang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 5.53 pagi hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MedicMesir Siti Haniza Mohd Nazri berkata, mereka itu pulang ke tanah air berikutan pengajian di universiti ditangguhkan pada satu waktu yang belum ditentukan.
Menurutnya, penerbangan sewa khas itu dibiayai oleh ibu bapa penuntut sendiri, manakala penuntut yang tidak mampu dibiayai MedicMesir.
Katanya, kos keseluruhan membawa pulang penuntut berkenaan dengan penerbangan sewa khas itu adalah sebanyak RM1.3 juta dengan sebahagiannya ditaja MedicMesir.
“Pesawat membawa pulang kumpulan pertama penuntut itu berlepas pada 2 petang semalam dari Mesir dan semalam tiba di KLIA pagi ini.
“Sebuah lagi pesawat akan berlepas pada 19 April ini untuk membawa pulang baki penuntut di sana,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Siti Haniza, sebaik tiba di KLIA, proses nyah cemar dilakukan ke atas beg penuntut terbabit sebelum mereka dibawa ke pusat kuarantin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM