Johan Qariah Negara Tarik Minat Budak 10 Tahun, Rakyat Iraq & Palestin Mengaji Sepanjang PKP!

April ini, genap setahun Nor Farhatul Fairuzah Panut bergelar Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019. Sepanjang tempoh itu bermacam-macam usaha telah dilakukan gadis berusia 20 tahun ini demi menyebarkan syiar Islam di mata dunia dan Malaysia khasnya. Selain berjaya menghasilkan single dakwah ‘Bukti’, Farha turut menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan label tudung miliknya sendiri iaitu Farha Looks.

Awal Januari lalu, Farha berangkat ke Korea Selatan dan bertemu mualaf popular di sana yang dikenali sebagai Daud Kim untuk mengajar ilmu dan bacaan tarannum Al-Quran. Sehingga ke hari ini, video mengaji Al-Quran mereka berdua yang dimuatnaik di Youtube milik Daud Kim telah ditonton hampir 600 ribu orang!

Susulan penul4ran w4b4k c0v1d-19 yang melanda negara dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan kepada setiap rakyat, Farha terpanggil untuk mengadakan slot ‘live’ untuk mengajak lebih ramai umat Islam mendalami Al-Quran sepanjang tempoh kuarantin ini. Walau tidak dapat bersemuka dengan followers namun niat untuk memgimarahkan kitab suci tetap giat dilakukan Farha menerusi alam maya.

Jelas anak bongsu daripada lima beradik ini, dia menggunakan media sosial Instagram miliknya sebagai platform untuk mengajar dan bertarannum Al-Quran. Ketika dihubungi untuk bertanyakan mengenai usaha tersebut, Farha dalam nada gembira membuka bicara. “Farha akan buat live IG selama dua jam atau lebih sebab alhamdulillah banyak sangat request nak join baca Quran berlagu.

Selain belajar bertarannum bersama, Farha juga buka QnA untuk mereka bertanyakan soalan atau penjelasan tentang tarannum. Dengan adanya teknologi media sosial macam ni, mereka yang ada di luar negara pun boleh ikut serta dan Farha sendiri tak sangka ada di antara mereka dari Iraq dan Palestin. Yang paling muda pula kalau tak silap Farha dalam lingkungan 10 atau 11 tahun. Alhamdulillah.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah , Quran live surah alkauthar with Imam from palestine #Qurantime #Sharing

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

Kongsi Farha lagi, kebiasaannya dia akan mula bersiaran langsung di IG selepas Isy4k. “Antara yang Farha buat semasa live ialah perkongsian tarannum dengan bacaan surah-surah yang pendek. Tarannum asas dan tajwid yang betul. Tak semestinya join live ini untuk bertarannum, yang ‘datang’ untuk mendengar saja pun sebenarnya dah boleh dapat pahala,” pelawa bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan ini.

Melihat usaha menggaji Al-Quran turut diamalkan golongan selebriti tanah air ketika PKP ini, Farha turut mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan. “MashaAllah, sangatlah bagus bila selebriti dan golongan artis ini dapat manfaatkan masa PKP dengan mengimarahkan media sosial dengan membaca Al-Quran. Bagi Farha, ia secara tak langsung dapat menarik lebih ramai orang di luar sana untuk sama-sama mendalaminya.

Alhamdulillah Farha tengok ramai selebriti yang minat dalam bacaan Quran bertarannum macam Mira Filzah, Zizan Razak, Aliff Satar dan Faizal Tahir. Mereka semua ada komen di posting Farha dan follow IG saya. Tarannum ini salah satu seni Al-Quran yang indah Allah turunkan dan memberi impak yang besar dalam menarik minat.”

Dalam pada itu, anak kepada pasangan allahy4rh4m Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini turut mahu menzahirkan ucapan terima kasih kepada para frontliners negara yang telah bertungkus-lumus menangani c0v1d-19. “Allahu, pertama sekali nak ucap ribuan terima kasih atas bantuan dan penat lelah semua pekerja-pekerja dan petugas yang menangani c0v1d-19 ini. Rasulullah bersabda, ‘Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.’ Alhamdulillah semoga Allah beri ganjaran pahala yang melimpah buat mereka dan diberi perlindungan. Teruskan semangat.

Setakat ini Farha hanya bantu mana yang mampu dengan menyalurkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara dalam talian. Lagipun hendak keluar rumah sekarang ni agak susah. InshaAllah Farha sentiasa doakan semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya.”

 

 

Mengimbas kembali perjalanan awal Farha sebelum bergelar Johan Qariah negara, gadis yang bercita-cita mahu menjadi pensyarah bidang Al-Quran ini berkata, “Sejak umur lima tahun lagi saya dah mula belajar tarannum. Bila masuk darjah satu pula, saya dah didedahkan menyertai pertandingan tilawah. Mak dan ayah yang banyak mendidik saya sejak kecil lagi sebab mereka berdua bekas Qari dan Qariah. Ayah jadi Qari sekitar tahun 1990an dan kali terakhir mak bergelar Qariah pula pada tahun 2004 di Perlis dan dapat tempat ketiga peringkat kebangsaan.

Kalau diikutkan, selain suka dengar lagu-lagu Arab, tilawah juga salah satu hobi saya. Tujuan saya masuk tilawah adalah untuk menilai sejauh mana kualiti bacaan.” Apa yang membuatkan penulis kagum dan teruja, kelima-lima beradik Farha juga aktif mendalami Al-Quran dan menyertai pertandingan tilawah. “Semua adik-beradik saya pernah wakil negeri dan ke peringkat kebangsaan dalam pelbagai anjuran. Memang ini adalah impian arw4h ayah dan mak. Lagipun, mak adalah guru mengajar Al-Quran.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona