Pelakon Nadya Syahera berkongsi foto ‘throwback’ ketika dia dan keluarga bercuti ke luar negara tahun lepas.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
“Antara kenangan tahun lepas, pertama kali bawa dua ketul (anaknya) ni pergi jalan jauh, banyak juga cabarannya, sangat berbeza dengan trip sebelum ini ya.
“Tapi keseluruhan anak-anak gembira, kitorang pun gembira,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan sekadar berkongsi kenangan lama, Nadya juga sempat mengenang nasib orang ramai ketika berhadapan krisis c0v1d-19 ketika ini.
“Siapa sangka, tahun ini mungkin tak berpeluang dah nak pergi travel negara-negara luar akibat penul4ran w4b4k c0v1d-19 ini, habis semua kena.
“Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan? Takpalah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadan kita tahun ini takkan sama dengan tahun-tahun sebelum ini.
“Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu, hapuslah w4b4k c0v1d-19 Ya Allah, Amin,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada beberapa pengikut pelakon drama bersiri Chandelier ini di ruangan komen.
Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Nadya dan mengaminkan doanya itu.
Untuk perkembangan c0v1d-19 di negara kita, kes keseluruhan telah mencecah 4,683 setakat jam 5 petang semalam (12 April 2020).
Seramai 2108 dari jumlah itu telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari h0sp1tal menjadikan jumlah kes yang masih aktif dirawat adalah 2,499.
Jumlah kem4tian pula telah mencecah 77 kes setakat ini.
Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada petugas kesihatan dan semua pejuang barisan hadapan atas jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara ketika ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak