Pelajar Perubatan Malaysia di Moscow, Nur Fazriena Mohd Duad, 22, bersama pelajar-pelajar lain terkandas selepas tidak dapat pulang ke Malaysia ketika penul4ran w4b4k c0v1d-19.
Ketika dihubungi Gempak, Fazriena menyatakan keadaan di Moscow makin teruk dengan jumlah kem4tian meningkat setiap hari.
“Keadaan di Moscow makin teruk dengan 16,000 kes sehingga 12 April. Setiap hari jumlah kem4tian meningkat. Di sini perintah berkurung (lockdown) sudah dijalankan sejak 30 Mac lalu.
“Alhamdulillah saya sihat cuma berasa takut dan risau. Saya bersama pelajar lain tidak dapat pulang ke Malaysia kerana tidak ada penerbangan dengan sempadan masih ditutup.
“Kerajaan Rusia sudah mengeluarkan kenyataan di mana semua orang tidak dibenarkan untuk keluar dari Moscow.
“Sekarang lebih 100 orang pelajar sudah mohon untuk balik ke Malaysia. Saya harap akan ada bantuan dari pihak kerajaan dan kedutaan,” katanya.
Dalam pada itu, Fazriena yang merupakan pelajar First Moscow State Medical University berkata dia masih perlu untuk keluar rumah bagi mendapatkan bekalan.
“Saya duduk di apartment jadi saya perlu keluar untuk membeli keperluan di kedai yang berdekatan dengan rumah.
“Makan minum dan keselamatan diri semua di bawah tanggungjawab masing-masing. Walau bagaimanapun, pihak kedutaan sudah mengambil maklumat semua pelajar di sini sebagai persediaan.
“Saya mohon doakan yang baik untuk kami semua di sini,” katanya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak