KUBANG PASU: “Ibu saya akan mengetvk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika perlvk4n sesuatu. Itu sahaja yang mereka mampu lakukan.”
Ibu tunggal kepada tiga anak ini, Intan Zulina Osman, 34, berkongsi keperitan rutin harian yang dilalui bagi memikul tanggung jawab menjaga ibu dan bapanya, sejak 18 tahun lalu.
Ibunya, Siti Zabedah Saidin, 74, dan bapa, Osman Jusoh, 80, adalah orang kurang upaya (OKU) fizikal terlantar dan langsung tidak berupaya melakukan apa-apa, termasuk menguruskan diri mereka sendiri.
Zulina berkata, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hilang pekerjaan.
“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.
“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, hari ini.
Intan Zulina atau lebih mesra dipanggil Kak Chik, berkata dia sangat bersyukur mempunyai anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.
Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.
Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya semasa bulan Ramadan.
Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.
“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan, wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.
“Anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM, duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online