Pada satu entri di Instagram miliknya, Syifa Melvin berkongsi sekeping gambar sewaktu masih kanak-kanak lagi.
“Hampa tau dak aku macam kepala besar dalam cerita Alice in wonderland tu, rambut merah tu Besaq2 ni.
“Weh seronok tau bila tunggu bila nak puasa, sebab bila nak puasa keduduk4n meja makan dekat dapur akan berubah, stock makanan jadi banyak,” tulis Syifa mengingat kenangan silam.
Menurut Syifa, antara mereka adik beradik, dia yang paling awal mula berpuasa sejak berusia lima tahun lagi.
“Antara kami, Syifa yang start puasa awal umur 5 Tahun dah puasa tinggal 6 hari. Lepas tu puasa penuh sampai lah dah datang h4id.
“Setiap kali bangun sahur, mesti Syifa orang yang terawal bangun selepas Ibu. Tugas kena kejut dorang semua kerja Syifa. Rindunya nak jadi kecik balik,” tulis Syifa lagi.
Syifa Melvin merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik, dua orang kakak iaitu Syafiqa Melvin dan Syatilla Melvin, serta seorang adik, Syida Melvin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak