JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengarahkan sebuah kilang elektronik di Taman Perindustrian Dewani, Tebrau, di sini, yang beroperasi tanpa prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditutup sementara mulai semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil, berkata operasi kilang itu dibimbangi menimbulkan anc4man penul4ran w4b4k c0v1d-19 dalam kalangan pekerja.
“Kilang itu sudah diarahkan tutup semalam. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga akan menyemak semula status kelulusan kilang terbabit.
“Saya juga akan buat penyelarasan bersama MITI, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan p0lis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal kawasan industri di seluruh Johor ketika PKP,” katanya.
Semalam BH Online melaporkan, penduduk di kawasan mukim Tebrau di sini, dikejutkan dengan sebuah video yang memaparkan ratusan pekerja sebuah kilang, yang dipercayai di Taman Perindustrian Dewani, di sini, beratur dalam keadaan berses4k untuk memasuki premis berkenaan.
Dalam video yang tular sejak malam kelmarin dan berdurasi 13 saat itu, antara lain memaparkan barisan panjang pekerja yang ingin memasuki premis kilang alat elektronik berkenaan dalam keadaan amat rapat dan tanpa penjarakan sosial.
Ia sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna media sosial dan penduduk mukim Tebrau yang bimbang dengan penul4ran w4b4k c0v1d-19 berikutan kilang terbabit dilihat tidak mematuhi SOP kerajaan bagi industri meneruskan operasi apatah lagi mukim berkenaan kelmarin diumumkan berada dalam zon jingga.
Mengulas lanjut, Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, berkata kerajaan negeri serius memastikan industri perkilangan yang dibenarkan beroperasi mematuhi SOP ketika PKP.
“Kita tidak akan berkompromi lagi, jika mana-mana kilang yang ingkar mematuhi SOP mereka tidak akan dibenarkan beroperasi sehingga PKP berakhir,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online