KUANTAN: Warga emas yang tular di laman sosial kerana ditemui terbaring dalam keadaan lemah di tepi jalan di Lipis, Isnin lalu, disahkan men1ngg4l dunia akibat ser4ngan jantung.
Ketua p0lis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata bed4h si4sat terhadap Lai Fah Kuen, 72, dilakukan di h0sp1tal Kuala Lipis semalam, bagi mengenal pasti punca kem4tian.
“Kita berharap penjelasan ini menamatkan dakwaan kononnya lelaki itu men1ngg4l dunia akibat kelaparan. Anggota kita telah membelikan bekalan makanan dan nasi untuk lelaki itu pada malam sebelum dia men1ngg4l dunia.
“Malah, may4tnya juga ditemui oleh anggota p0lis yang sekali lagi datang ke rumah lelaki itu pada sebelah pagi keesokan harinya bagi menghantar sarapan dan memantau keadaannya,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.
Azli berkata p0lis terpaksa memecah pintu rumah itu apabila panggilan mereka tidak berjawab dan menemukan may4t lelaki yang berasal dari Benta, Lipis itu berada dalam keadaan meniarap di lantai bilik.
Isnin lalu, tular di laman sosial video yang menunjukkan Fah Kuen yang bujang dan tinggal seorang diri ditemui dalam keadaan lemah sehingga perlu diusung oleh anggota p0lis untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda bagi dihantar pulang ke rumahnya.
Kisah lelaki itu sekali mendapat perhatian hari ini, apabila dia ditemui men1ngg4l dunia di rumah itu pada pagi semalam, sehingga ada pihak yang membuat andaian sebab kem4tiannya adalah akibat kelaparan.
Menjelaskan kejadian itu dari awal, Azli, berkata anggota p0lis yang membuat rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jalan Kechau, Lipis telah melihat seorang lelaki cuba membantu warga emas itu menyebabkan mereka berhenti untuk turut sama menolong.
Ketika itu, Fah Kuen memaklumkan mahu keluar ke Bandar Baru Kuala Lipis untuk membeli makanan menyebabkan anggota p0lis dan orang awam itu membantu membelikan stok makanan sebelum menghantarnya pulang ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat dia ditemukan.
Azli berkata si4satan mendapati pondok yang dijadikan sebagai rumah Fah Kuen terletak dalam kebun durian milik bapanya dengan adik lelakinya tinggal kira-kira 100 meter daripada pondok itu.
May4t Fah Kuen diserahkan kepada keluarganya semalam, untuk disempurnakan mengikut agama mereka. – BERNAMA
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online