Dalam menangani pandemik c0v1d-19, nampaknya bukan netizen Malaysia saja yang memuja kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Figura yang diangkat sebagai Our National Hero itu juga kini tersenarai sebagai tiga doktor terbaik dan diyakini dunia atas ketangkasan beliau menangani krisis w4b4k di negara ini.
Memetik kata-katanya:
It is not about me. What is important at the moment is what we can do together as one for (the nation to break the chain of the) c0v1d-19 (transmission).
Dr. Noor Hisham pernah berkali-kali menyatakan bahawa bukan gelaran atau sanjungan yang dicari. Beliau sebaliknya menekankan misi utama Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu membendung penul4ran Coronav1rus dengan secepat dan sebaik mungkin.
Pengiktirafan tiga doktor terbaik dunia ini diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penul4ran w4b4k berkenaan.
Tenang Tapi Tangkas
Nona juga pernah menyiarkan pelbagai jasa serta sumbangan Dr. Noor Hisham sebagai salah seorang frontliners kerajaan. Baca artikel tentang beliau di sini.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan c0v1d-19 di platform media sosial.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Sumber: Astro Awani
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona