KUALA LUMPUR: Ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim menepis dakwaan hubungannya dengan Datin Seri Nur Shahida bermasalah berikutan tindakannya tidak mengikuti akaun Instagram (IG) menantunya itu.
Bukan hanya Shahida, Rozita mendedahkan, dia tidak juga mengikuti IG milik anak sulungnya, Noor Hayati Kamarzaman dan Aliff.
Menerusi entri IG, Rozita tampil bersuara apabila tidak tahan f1tn4h yang dilemparkan netizen berikutan terheret dengan krisis rumah tangga Aliff dan Shahida.
“Saya ‘unfollow’ Shahida bukan bermakna berg4duh. Saya tak pernah memburvkkan Shahida, tetapi netizen menvduh saya menggunakan laman sosial menyindir menantu. Semua status saya dianggap sindir Shahida. Sempitnya cara berfikir.
“Nak tahu saya berg4duh dan salahkan menantu. Hubungan saya dan Shahida masih baik hingga kini. Dia tetap menantu dan ibu kepada cucu saya hingga akhir hayat.
“Saya penat dihakimi netizen. Saya, orang tua yang matang. Saya tidak pernah berg4duh atau maki hamun orang dalam laman sosial. Nak g4duh dengan orang pun tidak pernah, apatah berg4duh dengan menantu sendiri,” tulisnya.
Rozita mempersoalkan, kenapa tiada siapa peduli apabila dia ‘unfollow’ Noor Hayati dan Syukri.
“Saya penat dan tidak mahu menjenguk laman sosial anak-anak, semakan otak sahaja.
“Jangan kata anak-anak, menteri dan artis pun saya tidak ikut,” katanya.
Rozita menjelaskan, dia tidak bersalah dalam isu rumah tangga anak dan menantunya itu.
“Saya tak faham kenapa saya turut diheret dalam kemelut rumah tangga mereka,” katanya.
Ibu kepada tujuh cahaya mata itu meminta netizen mengasihani dirinya dan Shahida serta tidak membebankannya dengan konflik rumah tangga pasangan itu.
“Jangan mempersoalkan perkara tidak cerdik kerana tak membawa keuntungan. Tidak perlu ambil tahu mengenai mereka, kemudiannya minta saya ulas. Jangan tanya saya menasihatkan mereka atau sebaliknya.
“Saya tak faham kenapa netizen ingin tahu siapa yang saya ikuti dan tidak dalam laman sosial. Apa faedah nak tahu isu anak saya bakal bercerai atau tidak?
“Tetapi, hal orang lain tiada siapa pula ambil tahu. Saya tak tahan dan penat,” ujarnya.
Rozita berkata, sekiranya terjadi perceraian, kenapa?
“Ada yang ingin berkahwin dengan Syukri atau Shahida? Kedua-duanya kaya dan baik hati. Atau ada yang hendak saya buka tender?
“Kenapa suka menghina atau sengaja buat orang lemah semangat,” kata Rozita.
Rozita berkata, mudah menghina orang kerana tidak kena pada batang hidup sendiri, tetapi tiada siapa tahu ketentuan takdir pada kemudian hari.
“Kita tak pernah berjumpa dan hanya mengenali dalam laman sosial. Memang sedap menuding jari dan menghina, tetapi adakah kita berpeluang berjumpa dan meminta maaf. Akhirat bukan main-main tempatnya,” luah Rozita.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online