Tajul, Baru 19 Tahun Bakal Jadi Suami

SELEPAS popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul Ariff kini bakal bergelar pelakon apabila dilamar untuk terlibat dalam filem Enjin Nombor 9.

Tajul, 19, berkata, dia menerima tawaran tersebut bagi mencabar dirinya dalam bidang lakonan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning😘 korang dh dgar lagu ibu kt youtube blom? Klau blom jom layan jp. Tq. #Tajul #ibu

A post shared by 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial) on

“Alhamdulillah, pada awalnya terkejut juga kerana saya tidak pernah berlakon dan tiada sebarang pengalaman.

“Pihak produksi menghubungi syarikat rakaman dan mahu juga saya terlibat dalam filem tersebut. Mereka percaya saya boleh melakukannya,” ujarnya kepada mStar Online.

Tajul bersama produser Raja Azmi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dgarkan johara pagi era esok guys😘

A post shared by 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial) on

Tambah Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md. Shari, dia sudah menghadiri sesi bacaan skrip dan bertemu produser filem berkenaan iaitu Raja Azmi.

Katanya, dia juga bakal menghadiri kelas lakonan bersama Raja Azmi sebelum memulakan penggambaran.

Sementara itu, berkaitan watak yang bakal dibawanya, kata Tajul, dia bakal memegang karakter seorang suami dan cucu kepada pelakon Kazar Saisi.

“Watak saya sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin, pada mulanya rasa macam kelakar juga sebab usia saya baru 19 tahun, masih muda untuk bawa watak itu.

“Tapi Raja Azmi kata, mereka akan ajar dan bantu saya membawakan watak suami itu dengan baik,” ujarnya.

Katanya, watak isteri yang sepatutnya dilakonkan penyanyi Wany Hasrita terpaksa digantikan dengan pelakon baharu lain berikutan masalah jadual penyanyi tersebut.

Dia akan mula menjalani penggambaran selama sebulan bermula 5 Julai depan di Janda Baik, Pahang.

Gabungan Tajul Dan Wany Hasrita Bagaikan Jelmaan Arwah Achik Spin Dan Siti Nordiana

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tq @keek_collection sbb sponsor tajul baju melayu masa shoot kt perhentian smlm. Cantik sgt baju ni😍 btw, abaikanlah kulit yg hitam tu, hahaha!

A post shared by 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial) on

Sudahkah anda dengar lagu baru Tajul dan Wany Hasrita yang berjudul Di sana Cinta Disini Rindu ? Difahamkan lagu ini sudah diperdengarkan sejak 2 bulan yang lalu namun video muzik baru sahaja dipertontonkan menerusi laman Youtube.

Seperti biasa pasti kita mahu melihat reaksi pendengar melalui komen-komen yang tertera. Ramai yang beri komen positif dan ada yang kata seperti nyanyian Arwah Achik Spin dan Siti Nordiana. Betul ke?

 

Ada juga yang kagum dan meremang bulu roma apabila mendengar dua anak muda ini mempersembahkan vokal masing-masing. Suara Tajul memang saling tak tumpah suara macam arwah abangnya.

Wany Hasrita pulak memang ramai yang kata suaranya ala-ala Siti Nordiana. Cuma suara Wany ni bila menyanyi lebih banyak lenggoknya.

Jom dengar layan video muzik mereka ini yang sehingga kini sudah mencecah 750 ribu tontonan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KakiTapau