“Mama & Abah Bagi Nama Lembut Je, Bila Besar Nanti Seindah Namanya” – Abby Abadi Namakan Anak Angkat Baru

Sebelum ini pelakon dan usahawan, Abby Abadi banyak membantu mereka yang memerlvk4n anak angkat.

Perkara itu dilakukan seikhlas hati agar tidak ada orang yang membuang anak kerana malu dan sebagainya.

Terbaru, Abby sendiri mengambil seorang anak angkat yang lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Abby berkongsi nama yang dipilih oleh dia dan suami untuk cahaya mata terbaru mereka.

“Assalamualaikum. Haii Semua Uncles Auntys. Hari ke 4 Mama berpantang sangat dan Hari ke 7 utk Saya yey!

“Dah ada nama. Maira Darda Farisa. Maira bermaksud bulan, Darda bermaksud mutiara kebijaksanaan dan Farisa bermaksud pengemudi mahir,” terang Abby.

Tambah Abby lagi, dia dan suami memilih nama-nama yang membawa maksud yang lembut buat anaknya itu.

“Mama & Abah @jaiezzany bagi nama lembut-lembut je kat Darda. Biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti. Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama.

“Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat hari ni Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuning pun. Sihat-sihat sahaja. Sekian laporan dari Mamanya,” tulis Abby lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum… Haii Semua Uncles Auntys 😘 . Hari ke 4 Mama berpantang sangat 😅 Dan Hari ke 7 utk Saya yey! Dah ada nama ☺️ . 🌸MAIRA DARDA FARISA 🌸 Maira- Bulan Darda-Mutiara Kebijaksanaan Farisa- Pengemudi Mahir . Mama Abah @jaiezzany bagi nama lembut2 je kat Darda.. biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti . Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama hee 🙊😍 . Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat harini Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuningpun.. Sihat2 sahaja. Sekian laporan dari Mamanya 😍 Sambung nanti 😇

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Disember tahun lalu, Abby kehilangan anak kandungnya Muhammad Danial Firman yang dilahirkan tidak cukup bulan, dan men1ngg4l dunia selepas 70 hari dir4wat di Unit Raw4tan Rapi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak