WAJAH menjadi muda kembali selepas bersalin anak ketiga. Siapa sangka wajah wanita ini tul4r dalam media sosial gara-gara perubahan hormon ketika hamil anak ketiga atau orang tua dulu-dulu kata ‘pembawakan budak’ sehingga meng3jutkan ramai orang.
Perkongsian pemilik akaun Facebook Nor Sahira II yang berdebar berdepan situasi itu turut menceritakan detik dan gambar sepanjang perubahan wajahnya sebelum dan selepas bersalin.
“Muka saya berubah teruk masa mengandung tiga bulan anak ketiga . Muka saya sikit-sikit naik bengk4k, semb4p, berkedut dan hitam.
“Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut. Tak pernah pembawakan budak seteruk ni. Masa mengandung, hari-hari stress nak berdepan dengan org ramai,” kongsinya yang mampu mampu senyum namun hatinya hancur lebur.
WAJAH Nor Sahira berubah ketika mengandungkan anak ketiga. Alhamdulillah tutur anak jati Kota Tinggi, Johor yang berusia 27 tahun itu, bengkak pada muda dan hidung mulai surut selepas selamat melahirkan cahaya mata.
“Bengkak mula surut, hidung besar mula elok dan kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa.
“Ya! Ramai kata terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek dan saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya,” tulis suri rumah itu lagi.
Bagaimanapun ibu kepada tiga cahaya mata itu bersyukur apabila semuanya kembali normal dan yang paling penting, suaminya yang digelar sebagai Pendekar Laut sentiasa memujinya cantik.
PERUBAHAN selepas melahirkan anak, wajah semakin muda dan cerah. “Alhamdulilah. Syukur kehadrat Ilahi. Terima kasih pada suami, Pendekar Laut yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia,” tambahnya dalam perkongsian itu.
Memetik perkongsian theasianparent.com, kehamilan memungkin segala-galanya dan jika berlaku perubahan kulit, si ibu disarankan untuk memaklumkan kepada doktor pakar.
Sekiranya kulit berlaku rad4ng, melepuh, gatal-gatal atau ruam selepas beberapa hari, golongan ibu perlu memaklumkan kepada doktor untuk tindakan rawatan selanjutnya.
Bukan itu sahaja, jika mengesan terdapat perubahan pada warna atau saiz tahi lalat atau pigmentasi yang berlaku disertai kesakitan, bengk4k dan leb4m, jangan teragak-agak untuk bertemu pakar.
Hal ini kerana biasanya kulit akan lebih sensitif semasa berbadan dua, bukan saja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga boleh jadi disebabkan ia meregang dan lembut.
Salah satu sebabnya mungkin daripada sabun dan bahan pencuci yang mungkin menyebabkan kulit menjadi pedih dan masalah seperti ekzema mungkin boleh jadi bertambah teruk. Sekali gus kulit bertambah gatal bila terdedah dengan cahaya matahari.
Barangkali, tip penjagaan kulit ketika hamil boleh diamalkan seperti berikut:
Memakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas demi mengekalkan kelembapan badan.
Jika berendam dalam tab mandian, tambahkan minyak mandian kepada air untuk mengekalkan keanjalan kulit.
Akhir sekali, lindungi kulit daripada sinar matahari dengan memakai produk pelindung cahaya matahari SPF15 atau lebih.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar Harian