Pengacara Iesya Toh menempelak tindakan sebahagian golongan artis dan personaliti yang dilihat tidak patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Lebih memalvk4n, perbuatan tidak bertanggungjawab itu katanya, dikongsi secara terbuka di media sosial seolah-olah cuba menimbulkan provokasi kepada orang ramai.
“Saya peliklah tengok artis, personaliti, tak kiralah instafamous sekalipun, tunjuk kat media sosial masing-masing, keluar dengan anak, jumpa keluarga yang jaraknya lebih 10 kilometer.
“Kamu semua tunjuk macam tu untuk apa? Untuk provoke orang keluar? Semua orang pun rindu keluarga. Niat anda apa? Anda boleh buat orang lain tak boleh buat?
“Semua orang terkesan. Bila netizen komen, korang kec4m. Apa benda ni?? Shame on you!,” kata Iesya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram TV miliknya.
Jelasnya lagi, biarpun dia sendiri mempunyai kelebihan untuk bergerak bebas menggunakan kuasa individu berpengaruh, namun, dia memilih untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan.
“Saya boleh je guna ‘kabel’ (orang dalam) untuk keluar jumpa mak saya di Rawang, tapi saya tak buat. Sebaba apa saya tak buat? Kalau saya buat, saya risau orang lain pun akan terasa.
“Kenapalah artis semua macam ni, buat malulah. Semua orang tengah terkesan, tengah beremosi, jadi tolonglah, tak ada sebab untuk kita langgar PKP.
“Siapa tak risau dengan keluarga, umi saya dalam keadaan tak sihat, saya tak guna kabel saya untuk jumpa umi saya. Saya benci tengok orang tak ada rasa bertanggungjawab,” luahnya.
Sebelum ini, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri turut menerima kec4man apabila did4kwa boleh bergerak bebas dalam tempoh PKP.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : gempak