Aktif main TikTok, Mawar Rashid sekadar suka-suka – “Saja nak berseronok dengan suami”

PELAKON Mawar Rashid berkata tindakannya sering memuat naik rakaman video tarian menerusi aplikasi TikTok adalah untuk mempromosikan produk perniagaannya.

Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, berkata video itu dibuat secara suka-suka dan mengakui turut memaksa suaminya, Raf Yaakob terlibat sama.

“Sebenarnya kebanyakan video TikTok yang saya buat itu untuk promosi produk. Tapi selain daripada itu, saya pun buat suka-suka sebab saya memang suka menari dan dalam masa sama boleh berseronok dengan suami.

“Kiranya buat video tarian itu spontan sahaja… sebenarnya suami tak nak buat video TikTok, tapi saya paksa juga,” katanya kepada mStar.

Selain itu, Mawar menghabiskan waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan memasak dan meluangkan masa bersama ahli keluarga. 

Mawar habiskan masa bersama suami, anak dan keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

“Aktiviti saya sepanjang PKP ini hanya duduk di rumah, lebih kepada membuat kerja-kerja rumah sekaligus dapat meluangkan masa bersama anak dan suami.

“Selalunya sebelum ini saya jarang masak, bukan tak nak masak… tapi saya agak sibuk menguruskan perniagaan. 

“Jadi sekarang inilah saya lebih kerap ke dapur memasak memandangkan memang waktu banyak di rumah,” ujarnya.

Bercakap mengenai bidang perniagaan, Mawar berkata bisnes yang dilakukan olehnya itu masih berjalan seperti biasa meskipun berdepan masalah kekurangan bekalan produk.

“Alhamdulillah, perniagaan saya okay… penjualan produk masih berjalan seperti biasa, cuma ada sedikit masalah sebab banyak stok tak sampai. Barang-barang banyak yang sangkut.

“Nasib baik saya mula buat bisnes ni baru-baru saja, jadi masih boleh kawal lagi kerana pekerja pun tak ramai,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar