PUTRAJAYA – Penurunan kes baharu positif koronav1rus (c0v1d-19) yang mencatatkan dua digit buat kali ketiga di negara ini bukan tiket untuk masyarakat ambil ringan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya khuatir sekiranya penurunan jumlah kes beberapa hari ini disalah erti.
Beliau juga bimbang jika penurunan angka kes baharu itu membuatkan masyarakat alpa lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa w4b4k ini hampir selesai.
“Perjuangan kita masih belum selesai. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar terus patuh kepada PKP.
“Walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif, namun masyarakat masih perlu berada di rumah,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini c0v1d-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau juga mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan jarak sosial yang selamat dan juga mengamalkan kebersihan diri yang tinggi.
“Pendekatan ini penting dalam memutuskan rantaian penul4ran j4ngk1tan,” katanya.
Hari ini, Malaysia sekali lagi merekodkan penurunan kes positif c0v1d-19 iaitu sebanyak 54 kes menjadikan jumlah kes positif c0v1d-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,305 kes.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar Harian