LAPAN pakar perunding perubatan dari China tiba di Malaysia hari ini, bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian dan menangani penularan koron4v1rus baharu (cov1d-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan terdiri daripada pakar dalam pelbagai aspek itu dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.
“Memang betul hari ini ada lapan warga China yang berpengalaman datang ke Malaysia untuk membantu kita.
“Sebelum ini, kita ada teleconferencing dengan mereka tapi ada banyak lagi isu yang kita kena lihat.
“Antara mereka adalah pakar peny4kit berj4ngkit, pakar analisis data dan pelbagai kepakaran lain.
“Mungkin dengan kepakaran mereka di Hubei hari itu, kita boleh kongsi dan juga dapat melihat kajian kita contohnya, serta juga perkhidmatan kita di h0sp1tal bagaimana boleh dipertingkatkan dan apa kita boleh belajar daripada mereka,” katanya dalam sidang media harian cov1d-19 di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, pihaknya juga hari ini melaksanakan pengasingan dan kultur v1rus di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk membuat perbandingan jenis v1rus yang menj4ngkiti pes4kit gelombang pertama dan kedua.
Beliau berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan bersama pakar dari China terbabit sekali gus menjalin kerjasama bagi meningkatkan lagi pengesanan v1rus, raw4tan dan kesihatan awam.
“Bagi gelombang pertama, kita mengambil sampel pes4kit kes ke-5 dan kes ke-19 yang mana kedua-dua pes4kit itu ada virus dari Wuhan dan kita bandingkan dengan kes ke-26, 27, 62 dan 70 dari gelombang kedua.
“Kita dapati v1rus dari gelombang pertama ialah v1rus jenis B bersamaan dengan v1rus di Wuhan dan gelombang kedua juga v1rus yang sama, bukanlah jenis C seperti diperkatakan sebelum ini.
“Kita akan laksanakan lebih banyak lagi ujian atau pengasingan dan kultur v1rus terbabit dan kita akan lihat keseluruhan. Apabila dapat, kita boleh bandingkan kes gelombang pertama, kedua dan kes import sama ada Amerika Syarikat serta United Kingdom,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese