Pelakon Emma Maembong akui dia tidak pernah ke pasar untuk memberi barangan dapur.
Menurut Emma meskipun ia perkara yang mudah tapi agak menc4bar buatnya.
Emma mendedahkan perkara tersebut di dalam program realiti, The House musim pertama dalam episod kedua yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.
“Ia perkara yang besar buat saya sebab tak pernah pergi pasar atau memandu kereta seorang.
“Ia agak mencabar walaupun sebenarnya benda yang mudah.
“Tambahan pula saya tak suka memandu seorang diri kerana kurang keyakinan diri,” katanya di dalam episod tersebut.
Dalam episod itu, Emma diberi cabaran mencari barang dapur untuk dimasak oleh Chacha Maembong dan Yaya Maembong.
View this post on Instagram
The House menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.
Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak