Isteri Kesal Suami Angkut Mak Bapa Tinggal Bersama Sepanjang Tempoh PKP

PERKAHWINAN bukanlah ikatan antara suami dan isteri sahaja malah ia melibatkan penyatuan antara dua keluarga. Jadi, dalam mencari pasangan, seeloknya carilah individu yang boleh menerima keluarga kita seadanya. Namun, lain pula kisah wanita ini apabila dia terpaksa menjaga ibu bapa mertua sekali sepanjang tempoh PKP berlangsung. Berikut  luahan hati seorang isteri

Salam semua. Di musim Covi1d-19 ini benar-benar menguji para suami isteri yang terperuk kuar4ntin di rumah. Makin senang gadvh, makin senang cari pasal.

Al kisah suami saya, entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke Kuala Lumpur. Di awalan perancangan saya dah beritahu,

“Jangan dibawa orang tua datang ke sini. Elok-elok dah duduk di kampung, awak bawa ke sini kang kene Covi1d-19 menyesal tak guna.”

Tetapi nasihat tak diendahkan. Kesudahannya saya stuck dengan mak ayah dia di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan. Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri.

Saya sepatutnya work from home jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu. Ingatkan bolehlah tolong tengokkan anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pun saya yang handle

Rasa macam orang asing di rumah sendiri

Di dapur pun langsung tidak membantu. Handphone melekat di tangan masing-masing. Tengok apa tak tahulah. Orang tua main Facebook, aduhaiii burvk benar per4ngai. Kalau tak main handphone, tengok Netflix, tak pun tidur. Maklumlah WiFi free. Remote TV macam dah jadi milik mereka, sampaikan anak-anak saya nak tengok kartun kegemaran pun tak merasa. sed1hnya rasa macam orang asing dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh-peluh hidang. Laju masing-masing meluru ke meja makan. Siap tanya, “Eh hidangan ni dah dibuat tiga hari lepas”. Allahu dalam hati saya, dah lauk itu je yang ada dalam peti. Saya masak untuk satu hari terus yakni makan tengah hari sekalilah makan malam. Means hidangan tu banyak jadi pandai-pandailah berjimat untuk makan malam sekali.

Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pun saya yang basuh, lauk makan malam pula dihabiskan. Saya nak suap anak makan malam terkejut tengok tak ada langsung lauk ditinggalkan. Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak sajalah lauk lain. Yaaaa, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8 malam tu. Masa itulah nak kupas sayur ikan ayam pula ke?

Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pun tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Saya dah seperti bibik baru dalam rumah

Suami pula seolah-olah macam buat bod0h langsung tak fikir perasaan penat lelah saya di dapur, di rumah, di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana. Saya masih menghorm4ti mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan TV, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup. Nak dibiarkan nanti kang anak-anak pula terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang saja.

Allahuuu bila nak tamat c0v1d-19 ni. Saya letih, saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju-baju mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman. Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious macam tak sukakan mak ayahnya. Memang tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak-anak saja.

Suami ugvt tak bagi pulang rumah parents sendiri

Suami siap m4ki saya dalam WhatsApp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugvtnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana-mana pun saya ni, ada kawalan pergerakan kan? Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri untuk lepaskan rindu.

Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak-anaknya. Hanya saya yang tahu baik burvk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim-musim c0v1d-19 ini. Tapi isteri dan anak-anak ibarat:

“Lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ade depan mata untuk aku tengok.”

Habis saya yang masih ada parents dia halang pula. Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak-anak. Ya allah pulihkanlah Cov1id-19. Aku terlalu penat Ya Allah .

Maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi dari 15 hingga 28 April ini.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan melanjutkan PKP bagi memberi ruang kepada petugas kesi1hatan memerangi penvlaran w4bak COVI1D-19.

Beliau menegaskan, langkah itu juga bagi mengelak penul4ran semula virvs dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan PKP dilaksanakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac sebelum dilanjutkan ke fasa kedua bermula 1 hingga 14 April.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MB