COV1D-19: ‘Per4ng’ hingga tahun depan – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Malaysia mungkin terpaksa ‘berper4ng’ sehingga tahun depan dalam menentang penul4ran w4b4k c0v1d-19 seperti yang dijangkakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata apa yang perlu difikirkan ialah perancangan strategi yang boleh diguna dan diamalkan sehingga tahun depan berikutan belum ada vaksin boleh melindungi diri daripada j4ngk1tan c0v1d-19.

Apa yang penting ketika kini, katanya, ialah negara dapat mengurangkan bilangan kes j4ngk1tan walaupun belum dapat menamatkan episod j4ngk1tan c0v1d-19.

“Selain menjalankan ujian terhadap antibodi seperti dicadangkan pakar untuk komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memantau kewujudan kes peny4kit seperti inflvenza (ILI) dan j4ngk1tan pernafasan akut teruk (SARI) dalam komuniti yang menentukan kewujudan v1rus itu.

“Tetapi sekarang kita lihat kes ILI dan SARI semakin berkurangan. Kalau berkurangan, itu satu indikasi baik untuk kita melaksanakan atau merancang tindakan bagi masa depan.

“Apa yang kita dapat lihat daripada kes yang sedang dikaji ialah bagaimana kita dapat mengambil tindakan sewajarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Mungkin kena lihat aktiviti kita berbeza, kelaziman kita juga berbeza selagi kita tidak ada vaksin,” katanya pada sidang media harian c0v1d-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun sudah ada penurunan jumlah pes4kit disahkan positif c0v1d-19 sejak dua minggu kebelakangan ini, pihaknya mahu melihat statistik itu berkurangan menjadi satu angka.

Untuk membolehkan itu berlaku, katanya, semua pihak perlu bekerjasama dan memastikan orang awam terus tinggal di rumah.

Beliau berkata, jika PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini ditamatkan, KKM menasihatkan orang ramai untuk terus berada di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan berbuat demikian.

“Kita sedang melihat cara untuk mengurangkan impak selepas PKP ditamatkan supaya semua pihak boleh kembali kepada apa yang dikatakan sebagai kelaziman baharu.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa, mungkin tiga bulan, mungkin enam bukan. Dasar kita mesti berubah dari segi tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial mesti diamalkan dan sentiasa mengingatkan orang awam untuk mencuci tangan dan yang penting sekali jika tiada hal di luar, duduk di rumah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kajian mencari sesuatu vaksin selalunya mengambil masa antara setahun sehingga setahun setengah sebelum memasuki pasaran.

Pihaknya berharap vaksin untuk c0v1d-19 dapat ditemui dalam masa terdekat.

“Selagi tak ada vaksin, kita kena gunakan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan.

“Pencegahan itu ialah cara kelaziman kita hidup, tingkah laku kita kena berubah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online