Cov1d-19 mungkin akan meningkat semula 2 minggu lagi

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi am4ran kemungkinan berlaku peningkatan kes cov1d-19 dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan aktiviti pengesanan kes masih giat dilakukan oleh pihaknya ketika ini.

“KKM masih giat melakukan pengesanan kes terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media hari perkembangan terkini cov1d-19 di kementeriannya hari ini.

Noor Hisham berkata, penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif yang dijalankan kerajaan dalam tempoh dua minggu dan sebulan lalu.

“Terima kasih kepada barisan hadapan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, p0lis dan Jabatan Imigresen Malaysia serta badan bukan kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata, perancangan hari ini akan dapat dinilai hasilnya dalam tempoh dua minggu akan datang.

Justeru, Noor Hisham memohon agar rakyat Malaysia dapat sama-sama menjayakan usaha memutvskan rantaian jangk1t4n cov1d-19.

Ditanya mengenai kawasan Lembah Pantai yang masih lagi dikategorikan sebagai kes positif tertinggi jangk1t4n w4b4k itu di negara ini, Noor Hisham berkata, kepadatan penduduk di kawasan itu merupakan faktor utama penyumbang peningkatan kes.

“Kita telah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan Masjid India. Kementerian masih lagi melakukan pengesanan aktif di kawasan berkenaan dan berharap tiada kluster baharu direkodkan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese