Pelakon Datuk Fizz Fairuz meminta isterinya, Datin Almy Nadia untuk memotong rambutnya yang mulai panjang selepas lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.
Semuanya gara-gara premis perkhidmatan memotong rambut tidak beroperasi sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
“FizzAlmy Salon hahaha.
“Korang rasa, aku berpeluh sebab apa? Salon @almynadiaofficial akan dibuka lepas PKP nanti.. Tapi untuk suami dia sahaja.. Hahahaha,” tulisnya.
Fizz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, dia memuat naik video Almy yang tekun memotong rambutnya .
Kemas kini itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi.
“Seriusnya muka Almy tu.
“Berpeluh sebab nervous ni.. Takut terlajak potong jadi lain.. hehe
“Peluh sakan!” komen antara pengikutnya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak