“Sempena Birthday Saya Pada 21 April, Hadiah Istimewa Adalah Rakyat Kekal Duduk Di Rumah”

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham telah mengungkapkan satu ‘permintaan’ bersempena dengan hari lahirnya pada Selasa, 21 April

Umum sedia maklum, Datuk Dr. Noor Hisham adalah salah seorang yang telah ‘menghiasi’ kaca televisyen ketika w4b4k cov1d-19 kian meruncing pada ketika ini.

Bukan setakat itu sahaja, setiap hari jam 5 petang, anak kelahiran Sepang, Selangor ini akan mengadakan Sidang Media Harian bagi memaklumkan tentang perkembangan mutakhir w4b4k cov1d-19 ini serta hal berkaitan yang lain.

Tambahan pula, beliau yang kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk media Malaysia dikatakan akan menyambut hari lahirnya pada hari Selasa, 21 April, di usia genap 57 tahun.

Oleh itu, beliau turut menyuarakan satu ‘permintaan’ yang berbunyi:

Dr Noor Hisham telah membawa khabar positif apabila jumlah kes positif baru dicatatkan hari ini, 20 April, adalah terendah sejak 12 Mac lalu dengan 36 kes dan tiada kem4tian dilaporkan

Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wab4k yang merbah4ya ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir yang paling bermakna buat dirinya.

Jom sama-sama kita memberikan ‘hadiah’ ini buat Datuk Dr. Noor Hisham yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan keadaan kesihatan di Malaysia kembali normal

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Says Seismik