Tinggal di rumah usang dipenuhi timbunan sampah, kisah satu keluarga di Alor Setar mendapat perhatian netizen apabila Ustaz Ebit Lew bermurah hati berkunjung ke sana. Melihat keadaan rumah yang terlalu daif, Ustaz Ebit mengambil keputusan menyewakan mereka sebuah rumah baru yang selesa.
Walau bagaimanapun, masih ada ahli keluarga yang didakwa enggan berpindah meskipun rundingan sudah dibuat.
Rundingan pagi ini
“Tolonglahlah Keluar Ke Rumah Baru”
Rundingan pagi ini kerana masih ada ahli keluarga yang enggan keluar. Pelbagai drama yang berlaku dirumah “Pak Aq” pagi ni. Kehadiran AJK Masjid dan orang kampung disambut dengan perkataan kes4t oleh ahli keluarga “Pak Aq”.
Semoga Allah mempermudahkan dan memberi kesabaran penduduk-penduduk kampung.
Banyak kisah yang dapat pagi ini. Mak Cik- Mak Cik orang kampung menangis membaca komen netizen dituduh tidak berhati perut.
“Sejak 1998 kami nak buat rumah depa tak mau. Macam-macam kami bagi. Hari ni satu Malaysia m4ki hamun kami di Facebook”.
Banyak sisi gelap yang tidak dicerita. Longgokan sampah adalah barang-barang sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk beg-beg yang kelihatan masih elok.
Timbunan sampai dari luar sampai ke dalam rumah. Entah bagaimana mereka tidur bercampur lelaki perempuan termasuk orang luar berlainan agama.
Apabila agensi dikec4m, kakitangan mampu menerima kec4man.
Tetapi apabila ibu-ibu dan ayah-ayah di Kampung Derga dikec4m, mereka hanya mampu menitiskan air mata seb4k meluahkan perasaan. Bertahun memberi sumbangan tetapi hari ini nama mereka burvk satu Malaysia.
Kesan psikol0gi yang amat mendalam kepada orang-orang tua yang rata-ratanya orang kampung biasa dalam kalangan pesawah dan berkerja.
“Ya Allah berikanlah kekuatan kepada penduduk Kampung Derga”.
Derga, Alor Setar, Kedah
21 April 2020
Rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Faisal Mustaffa / ohbulan