Cadangan pot0ng gaji penjawat awam demi bantu golongan sasar, kata bos Mydin

PETALING JAYA – Taikun peruncitan, Ameer Ali Mydin menjelaskan kenyataannya untuk penjawat awam berpendapatan RM3,000 ke atas menerima potongan gaji hanya cadangan yang dibuat atas dasar seorang usahawan dan pemerhati ekonomi berdasarkan ekonomi negara semakin runcing.

Pengarah urusan Mydin itu berkata, beliau tidak berniat campur tangan dalam urusan kerajaan dan cadangan itu hanya pandangan peribadinya berdasarkan pengalaman Mydin memotong gaji kakitangan atasan, termasuk dirinya sebanyak 100%.

“Yang dimaksudkan dengan gaji atas RM3,000 hanya contoh cadangan kepada kerajaan agar penjimatan dapat dilakukan dan ia sudah dilakukan oleh menteri-menteri, termasuk perdana menteri kita sendiri,” tulisnya di Facebook malam ini.

“Saya amat memahami kepayahan golongan B40 dan M40. Jika kerajaan boleh berjimat, bermakna lebih banyak bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional dapat disalurkan kepada golongan sasaran.

“Mydin tidak pernah berhenti menyokong peranan dan kesungguhan semua penjawat awam dalam memastikan urusan pentadbiran negara lancar, terutamanya ‘frontliners’ dan langkah untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam episod sukar ini.”

Terdahulu, Ameer pada Rabu dilapor mempersoalkan bagaimanakah penurunan cukai dan kejatuhan harga eksport komoditi utama akan membolehkan Putrajaya mengekalkan gaji pegawai awam berbanding sektor swasta yang mengumumkan potongan gaji dan pembuangan pekerja akibat impak cov1d-19.

Katanya, pendapatan kerajaan akan terjejas bukan saja kerana kejatuhan harga eksport seperti minyak mentah dan minyak sawit, tetapi juga kemerosotan kutipan pelbagai cukai, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) susulan penutupan perniagaan serta perbelanjaan pengguna berkurangan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese