KUALA LUMPUR: Pelakon, Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid berkongsi wajah puterinya yang diberi nama
Irisa Alaia Muhammad Adib selepas seminggu dilahirkan.
Menerusi perkongsian dalam laman Instagram, Adib memperkenalkan wajah dan nama puterinya itu. Irisa Alaia dilahirkan pada 15 April lalu di sebuah pusat perubatan dengan berat 2.9 kilogram.
“Sekarang, kami sudah bertiga. Alhamdulillah, puteri kami diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib. Kehadirannya, satu momen yang cukup indah buat saya dan Izara.
“Terima kasih setiap iringan doa dan sokongan. Kami sangat menghargainya dan harap dapat bertemu semua orang tidak lama lagi,” tulis Adib.
Adib turut menitipkan doa yang baik buat puterinya itu.
“Selamat datang ke dunia Alaia. Hati saya cair saat mendengar tentang kamu dan kini, kamu bersama kami.
“Saya dan ibu teruja dan menyayangi kamu. Semoga sentiasa diberkati dan mampu memberi segunung kegembiraan kepada setiap orang yang ditemui. Semoga kamu menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Adib memberitahu anaknya dilahirkan awal pada tarikh jangkaan dan dilahirkan secara normal.
“Sepatutnya, jangkaan tarikh lahir Alaia, hujung bulan ini. Tetapi, Alhamdulillah kami menerima kebahagiaan ini lebih awal. Proses kelahiran juga berjalan lancar.
“Fasa bergelar bapa sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Semua perasaan bercampur baur. Saya harap dapat menjadi bapa yang baik untuk zuriat kami. Insya-Allah,” katanya. Adib dan Izara mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online