“Sebagai pelakon, kita kena masuk dalam karakter.” – AYDA Buat Keputusan Dr4stik Korb4nkan Rambut Panjangnya Demi Drama Bukan Gadis Biasa..

DRAMA adaptasi novel berjudul Bukan Gadis Biasa sudah menemui penonton menerusi slot Akasia, jam 7 malam tadi.

Gandingan dua nama besar iaitu Remy Ishak dan Ayda Jebat menerusi drama 28 episod yang ditayangkan setiap Isnin hingga Sabtu ini pasti akan menarik perhatian penonton.

Tambahan pula, drama arahan Azman Hj Yahya atau Jinggo ini membariskan ramai pelakon popular lain iaitu Nazim Othman, Mas Khan, Lia Na

talia, Sheila Rusly, Ozlynn dan ramai lagi.

Secara ringkasnya, Bukan Gadis Biasa berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis ‘p3ngkid’ bernama Johana.

Demi menjayakan watak istimewa ini, Ayda sanggup membuat keputusan drastik mengorb4nkan rambut panjangnya.

“Sebagai pelakon, kita kena masuk dalam karakter. Pakaian kena tepat, malah rambut juga memainkan peranan. Ini antara tanggungjawab saya sebagai pelakon. Saya tak tengok sangat filem sebagai rujukan cuma saya baca skrip dan berlakon ikut situasi dalam babak.

“Sudah tentu apabila berlakon dengan Remy, saya kena buat yang terbaik. Tak nak kalau saya tenggelam dengan lakonannya,” katanya.

Menurutnya, wataknya menceritakan tr4uma yang dilalui segelintir wanita yang berdepan tr4uma ketika kecil sehinggakan mereka tidak selesa dengan lelaki apabila dewasa.

AYDA buat keputusan drastik korbankan rambut panjangnya demi drama Bukan Gadis Biasa.

“Ibu dan bapa Johana menjualnya ketika dia berusia enam tahun. Rasanya kisah ini berlaku di mana-mana. Penggambaran dibuat pada akhir November tahun lalu dan tamat sepenuhnya pada Februari lalu. Selepas itu saya pergi umrah dan apabila balik dah kena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Remy pula mengakui berdepan banyak k0nflik ketika penggambaran drama ini dilakukan.

“Watak saya memang agak mencabar kerana saya kena bawa tr4uma sejak kecil. Rayyan ketika kecil juga m4ngs4 d3ra keluarganya.

“Saya kena bangunkan tr4uma ini dari kecil hingga dewasa. Dalam masa sama, di dunia realiti saya mengalami pelbagai kesulit4n. Saya dij4ngk1ti dem4m denggi dan kemudian bapa men1ngg4l dunia serta perubahan skrip pada saat akhir memang mencabar. Namun, sedikit sebanyak ia membantu saya dalam mencetuskan sikap tr4uma,” katanya.

Remy turut memuji gandingannya bersama Ayda yang disifatkan amat serasi.

“Kami sebenarnya bergandingan buat kali pertama dalam drama ini. Sebaik jumpa, rasanya seperti kami kenal lama.

“Ayda bukan jenis yang ‘control’ cun ketika berlakon. Memang sangat mudah kerja dengannya. Saya rasa seperti abang dia dalam cerita ini. Susah untuk dapat ‘feel’ Rayyan bercinta dengan Johana. Selepas puas mencuba baru saya berjaya melakukannya,” katanya.

GANDINGAN Remy dan Ayda menerusi drama 28 episod.

Puasa era PKP

Ramadan kali ini ada kelainan buat Ayda kerana ibu bapanya turut berada bersama di Kuala Lumpur.

“Biasanya saya balik kampung, tapi kali ini mereka ada dengan saya. Semuanya ada di sini dan sambut puasa bersama. Saya masih jadi duta baju raya, tapi kali ini tak sempat buat penggambaran untuk promosi.

“Mereka hantar baju dan saya kena ambil gambar sendiri. Pengeluar pula terpaksa tukar cara pemasaran dan jualan,” katanya.

Remy pula sed1h kerana tidak dapat mengerjakan solat Tarawih di masjid atau surau serta berkunjung ke bazar Ramadan. “Biasanya saya balik kampung raikan dengan keluarga. Sekarang saya berpuasa sendirian di rumah. Tengok nanti saya akan cuba pulang ke Melaka untuk jumpa keluarga ketika Aidilfitri,” katanya yang mengakui berdepan tekanan perasaan apabila bersendirian terlalu lama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM