Pelakon Norman Hakim mendedahkan anaknya, Muhammad Darwisz Hakim sudah mula berpuasa hari ini.
Norman berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.
Menurut Norman, tahun ini merupakan kali pertama anak sulungnya itu berpuasa memandangkan usianya sudah mencecah tujuh tahun.
“Awish dah umur 7 tahun jadi inilah tahun pertama, hari pertama untuk Awish @awishzarisz bersahur dan berpuasa.
“Walaupun makan sambil pejam mata tapi Alhamdulillah dia teruja sangat nak puasa. Yang penting dah lepas niat puasa sebulan.“Pelan-pelan kayuh anak… Semoga dipermudahkan puasa Awish yang pertama ni. Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut berkongsi pengalaman bersama aktor berkenaan.
“Sama dengan anak perempuan saya, tujuh tahun. Tadi sahur suapkan makan nasi dapat tiga suap lepas itu minum susu. Semoga Allah permudahkn urusan anak-anak syurga kita dunia dan akhirat,” kongsi @fenaliah
“Samalah dengan anak lelaki saya sebaya Awish baru mula sahur dan puasa pertama. Semoga dipermudahkan untuk anak-anak. Aamin,” tulis @lynlynda
Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Manakala hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas isterinya, Abby Abadi, pasangan ini dikurniakan dengan tiga cahaya mata, Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak