Diva Krisdayanti dan sang suami, Raul Lemos mempunyai cara tersendiri untuk membuat dua anak mereka selesa berada di rumah sepanjang tempoh kawalan berkurung Covid-19.
Pasangan ini mencipta gelanggang badminton di halaman rumah mereka kerana Amora dan Kellen sering bermain olahraga itu di ruang tamu rumah mereka.
Hal itu dided4hkan apabila kakak, Yuni Shara yang mengunjungi Krisdayanti dan keluarganya setelah lebih satu bulan tidak bertemu akibat negara dilanda c0vid-19.
Selain saling melepas rindu dan berbual tentang beberapa hal, Yuni Shara paling seronok apabila akhirnya dapat melihat sendiri gelanggang badminton yang dibina Raul.
Ia pun kemudian menunjukkan gelanggang badminton yang ada di halaman rumah Krisdayanti.
“Ini sumpah keren, ini serius loh. Gara-gara berawal dari badminton main di rumah jadi begini,” ujar Yuni Shara.
Malah dilaman YouTubenya yang disiarkan sebelum ini, Yuni juga dilihat turut bermain badminton bersama Krisdayanti, Raul dan Kellen.
Instagram: @krisdayantilemos
YouTube: Yuni Shara
Oleh: Maliah Surip
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak