‘Ebit Lew jangan simpan dalam hati’ – Mufti Perlis

KANGAR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dinasihat supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Ebit Lew tidak perlu menyimpan segala kritikan dan tohmahan pihak tertentu di dalam hati sehingga boleh menjejaskan usaha yang dilakukannya selama ini.

“Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangat benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu).

“Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah (yang timbul) dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu.

“Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan. Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik,” katanya dalam kuliah yang dirakam secara langsung di Facebook hari ini.

 

Semalam, Ebit Lew melalui hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada p0lis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keikhlasan Ebit Lew, Mohd Asri berkata sebagai manusia biasa, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri kerana ia membabitkan amalan atau niat individu dengan tuhannya.

“Orang memberi sedekah, bukan urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dan Allah.

“Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat dosa. Cumanya orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya yang diberi,” katanya.

Mohd Asri berkata, beliau yakin Ebit Lew adalah individu yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam melakukan amal kebajikan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  BH