RAMADAN kali ini berbeza. Masjid dan surau tidak lagi semeriah dahulu. Tiada tarawih, tiada majlis berbuka puasa dan tiada lagi tadarus al-Quran.
Hanya laungan azan, zikir dan bacaan ayat suci al-Quran kedengaran dari corong pembesar suara rumah Allah serta bacaan al-Quran dan tazkirah agamawan di televisyen.
Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei ini, yakni hampir dua pertiga Ramadan. Perdana Menteri ketika menyampaikan perutusan khas sempena Ramadan juga tidak menolak kemungkinan perintah itu akan dilanjutkan lagi selepas ini.
Ini bermakna, kita tidak boleh menyambut Aidilfitri di kampung dan masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka dalam sektor dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
Langkah ini kesinambungan tindakan tegas dilaksanakan kerajaan untuk memutuskan rantaian penyebaran c0v1d-19. Kita sudah hampir berjaya, tetapi masih belum menang.
Harus sabar dan terus istiqamah untuk berjihad memerangi c0v1d-19. Benar, dalam keadaan sekarang semua tertekan kerana tidak bebas seperti dahulu. Namun apa yang dilakukan kini terbukti membuahkan hasil. Malaysia menjadi negara contoh dalam menangani c0v1d-19.
Ini bukan tugas mudah. Kerajaan yang baru ditubuhkan ini perlu membuat keputusan memilih antara nyawa dan harta. Namun, pengalaman dimiliki Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan menteri Kabinet, memperlihatkan tindakan kita semakin mantap.
Kerajaan perlu mengimbangi antara kewajipan memelihara kesihatan rakyat dan tanggungjawab mengelak keruntuhan ekonomi.
Tumpuan diberikan untuk kesihatan dengan menyelamatkan nyawa rakyat, tetapi dalam masa sama, kerajaan tetap berusaha memastikan ekonomi terus berkembang.
Kedua-dua ini termasuk di bawah lima prinsip maqasid syariah. Tindakan kerajaan melaksanakan PKP memenuhi objektif untuk memelihara nyawa dengan memutuskan rantaian peny4kit berkenaan.
Inisiatif pakej rangsangan ekonomi pula bertujuan mencapai objektif prinsip memelihara harta benda agar rakyat tidak kehilangan hasil pencarian, bekalan makanan dan seumpamanya.
Bagi memastikan ekonomi negara disuburkan ketika krisis, Perdana Menteri bertindak pantas menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 11 Mac lalu. Beliau turut mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri merangka pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh.
Tumpuan pada masa ini mengenal pasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara.
Hasilnya, dua pelan rangsangan ekonomi PRIHATIN yang dilancarkan diterima baik dan memberikan impak. Dalam tinjauan terhadap kesan pakej PRIHATIN bagi mengurangkan beban kewangan rakyat yang dilakukan oleh Jabatan per4ngkaan, mendapati 97 peratus daripada lebih 40,000 responden menyatakan pakej PRIHATIN memberikan faedah.
Daripada jumlah itu, 67 peratus menerima manfaat melalui tiga bentuk bantuan, diikuti 13 peratus menerima dua bantuan dan 17 peratus menerima satu jenis bantuan. Sebanyak 78 peratus menyatakan PRIHATIN mengurangkan beban kewangan.
Banyak iktibar diperoleh daripada krisis ini. Lihat bagaimana respon dan ketangkasan Perdana Menteri dalam menangani isu ini.
c0v1d-19 membawa rakyat untuk bersatu hati. Sebelum ini, hubungan antara kaum dingin dan sentiasa panas dengan provokasi namun kini semuanya senyap. Rakyat bersatu hati dan patuh arahan, malah sama-sama membantu golongan memerlvk4n.
Adik Nur Afia Qistina Zamzuri berusia 9 tahun, pereka fesyen, Rizalman Ibrahim serta kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti di Raub menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan. Nama ini sebahagian yang bersama-sama membantu barisan hadapan mendepani krisis ini.
Semua lapisan masyarakat kagum dengan petugas barisan hadapan yang menunjukkan semangat juang tinggi menewaskan musuh yang tidak nampak ini. Kini, kadar pes4kit c0v1d-19 yang sembuh meningkat setiap hari. Terima kasih petugas barisan hadapan.
Pemimpin pembangkang seperti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah kurang bercakap. Adalah berbunyi sikit-sikit tetapi itu biasa. Semua bersama-sama bertekad mengatasi c0v1d-19.
Bantuan diberikan kerajaan melalui pakej PRIHATIN melegakan aliran tunai bagi tempoh enam bulan. Sekarang kita perlu mula berfikir untuk memulihkan kembali ekonomi negara supaya lebih ramai dapat kembali bekerja.
Fasa selepas berakhirnya pandemik c0v1d-19 memerlvk4n pelan jangka panjang untuk mengatasi keadaan tidak menentu akibat krisis dan mencergaskan kembali sektor ekonomi utama.
Namun, usaha ini bukan mudah kerana maklumat dimiliki tidak lengkap. Sebagai contoh, kita kekurangan data untuk sektor tidak formal seperti Mak Cik Kiah. Di sini pentingnya ‘big data’ atau data raya. Kerajaan terpaksa mengumpul data dengan sempurna sebelum membuat keputusan. Ini pengajaran kepada kita mengenai peri penting data untuk menguruskan krisis dan membuat dasar yang mencakupi semua aspek.
Krisis ini juga menyedarkan kita mengenai pendigitalan yang memudahkan urusan ketika krisis berlaku. Mesyuarat, memesan dan menghantar makanan atau barangan dilakukan secara dalam talian, tetapi sayang teknologi ini tidak digunakan sepenuhnya.
Hanya 20 peratus perusahaan kecil sederhana (PKS) menggunakan kemudahan teknologi digital biarpun kadar penembusan internet di negara ini melebihi 80 peratus. Sebanyak 8.2 peratus isi rumah menggunakan jalur lebar secara tetap.
Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) akan menggerakkan ekonomi dengan lebih baik ketika berhadapan krisis seperti ini.
Krisis kesihatan ini juga memberi pengajaran kepada kita supaya meningkatkan tahap pengeluaran makanan dalam negara. Malaysia membelanjakan RM50 bilion untuk mengimport makanan. Pengeluaran makanan utama negara seperti beras, sayur dan sumber protein berada pada tahap defisit kerana hanya lapan peratus tanah pertanian digunakan untuk mengeluarkan makanan.
Perkara seperti ini akan dilihat kembali dalam pelan pemulihan ekonomi pasca c0v1d-19 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Perubahan dasar yang signifikan akan mencerminkan perubahan sikap dan peranan dalam banyak sektor.
Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana selepas ini kita bakal menyaksikan landskap baharu ekonomi yang merangkumi tatacara urus niaga termasuk juga kehidupan.
Inilah ‘normal baharu’ yang turut menyediakan peluang kepada kita dan negara untuk bangkit lebih baik. Kita perlu yakin dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Walaupun PKP berakhir, cara hidup sudah berubah kerana semua sedar pada masa sekarang kita ‘hanya membeli masa’ selagi vaksin untuk c0v1d-19 tidak ditemukan.
Kerajaan berusaha sedia upaya membina kembali Malaysia menjadi sebuah negara hebat di sebalik kesukaran hari ini.
Semoga beroleh keberkatan, rahmat dan pahala dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan mulia ini. Ramadan sebuah perjuangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online