1su r0hingya yang did4kwa memohon hak sama rata, semakin mendapat perhatian masyarakat, kalau dahulu rakyat kita kesian melihat nasib mereka yang ditindas di negara sendiri, namun kini ramai yang mula membenci.
Susulan itu, Majlis Ulama r0hingya (MUR) dalam satu kenyataan, telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan isu tuntutan yang dibuat pihak tertentu yang melibatkan etnik r0hingya.
Kami memohon maaf
MUR berkata, tuntutan yang did4kwa dibuat oleh Zafar Ahmad Abdul Ghani, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik r0hingya Malaysia (Mehrom), telah pun diteliti semula.
“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia mahupun kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada bangsa r0hingya yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyarakat r0hingya…”
Tiada perbincangan bersama dibuat
Bagi MUR, ia adalah satu t1ndakan yang tidak wajar dibuat. Malah, difahamkan presiden MEHROM itu tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihaknya dan persatuan lain.
Dalam pada itu, pihak MUR telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas segala sumbangan dan pertolongan yang telah diberikan kepada etnik r0hingya.
Sumber: News Viral