“Saya Tak Buat Salah” – Fikry Ibrahim Mengaku Diarah U-Turn Di Roadblock

Masih ingat dengan video lelaki yang dikatakan mirip pelakon Fikry Ibrahim yang diarahkan membuat pusingan U dalam satu sekatan jalan raya, baru-baru ini?

Akhirnya selepas lama berdiam diri, Fikry tampil memberi penjelasan kepada mStar Online.

Kredit foto: IG

Mengaku lelaki itu dirinya, Fikry bagaimanapun meegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan, jauh sekali melanggar peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer.

“Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan.

“Tapi, masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas p0lis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn.

“Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakamkan, etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu,” katanya.

 

Kredit foto: IG

Fikry kemudian memaklumkan dia tidak makan hati terhadap warganet yang mengecam tindakannya ketika itu.

“Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stres dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya,” ujarnya.

 

Kredit foto: mStar/IG

Jelasnya, dia sengaja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung ins1den itu kerana enggan mengeruhkan keadaan. Tegasnya, semua yang berlaku hanya salah faham. – CARI

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cari