Rapper dan usahawan, Caprice menyarankan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq untuk memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew.
Menurut Caprice, Abu telah memuat naik video menampilkan tiga individu yang sedang menyindir Ebit. Selain itu, Abu juga telah melancarkan kempen baru yang digelar ‘Projek Sedekah Ramadan Pecah Kamera’.
Caprice menyuarakan pendapatnya itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Ustaz Abu Syafiq ada memuat naik video di Instagram, menampilkan tiga mangkuk atau cawan yang sedang perli Ustaz Ebit Lew.
“Selepas itu, Ustaz Abu lancarkan kempen baru, Projek Sedekah Ramadan Pecah Kamera, apa punya ustaz ni? yang sanggup perli ustaz lain.
“Senang cerita ustaz, hang minta maaf jela, saya faham bab minta maaf ni, saya ada pengalaman, memang susah ustaz, tapi itu semua ego,” kata Caprice dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Caprice juga menasihati Abu untuk membuang ego dalam diri.
“Hang ambik ego tu hang buang je, ramai sangat sudah sakit hati, ada yang kecewa.
“Demi ummah, minta maaf jela, kalau Allah yang maha pengampun boleh maafkan kita manusia, apa lagi kita dengan manusia lain, lagi-lagi ustaz dengan ustaz.
“Sepatutnya, ustaz paling laju, minta maaf jela ustaz, saya kenal ustaz Ebit Lew tu, confirm dia sudah lama maafkan ustaz,” katanya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Caprice di ruangan komen.
Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Caprice itu.
Terdahulu, Ebit meluahkan rasa sed1h kerana usahanya dalam membantu golongan yang memerlvk4n ketika berhadapan krisis c0v1d-19 disalahertikan oleh segelintir pihak.
Ebit pada Jumaat lalu juga telah mengumumkan mahu berhenti memberi bantuan secara langsung.
Walaubagaimanapun, Ebit yang terkenal dengan sifat pemurahnya kini telah kembali meneruskan aktiviti kebajikannya kerana tidak sanggup melihat kesusahan mereka yang kurang bernasib baik.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak