“Jangan Cakap Surat Saman Tu Salah Tuju” – Rakan & Netizen Sambut Baik Amin Idris ‘Lawan’ Abu Syafiq

Sebelum ini kecoh apabila Ustaz Abu Syafiq dikatkan menuntut penceramah bebas Amin Idris supaya memohon maaf tanpa syarat dan pada masa yang sama menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Namun, Amin Idris menolak tuntutan tersebut, malah mengarahkan pihak peguam yang mewakilinya untuk membalas surat tuntuan dari Abu Syafiq.

 Selepas berita tersebut tersebar, rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil oleh Amin Idris itu. Malah, seorang rakan Amin Idris iaitu Ard Donivia turut membuat satu posting di Facebook miliknya berkaitan hal tersebut.

“Masa aku observe kes tuan Ebit Lew, tak pernah pulak aku terfikir the feud circle will become smaller sampai ke kawan sendiri.

“But wise choice Abu Syafiq aka Rashiq. You have chose a formidable enemy & and I hope no more U-turn lepas ni,” tulis Ard di Facebook miliknya.

Ard turut membariskan beberapa ‘peraturan’ yang ditujukan kepada Abu Syafiq.

“A. Jangan kata email kena hack, kau tak hantar surat saman tu. Kalau email pun kena hack susah la, semua benda tak reti jaga.

“B. Jangan cakap surat saman tu salah tuju, bukan tuju pada Amin Idris ni, nak tuju kat Amin Idris lain.

“C. Mana2 pihak jangan kafir/wahabikan sesapa walaupun lawyer, makcik Kiah ataupun sesiapa yang terlibat. Lawan elok-elok, sebab ada sorang asyik kapiaqkan orang je keje.

“D. Pastikan duit cukup nak bayar tuntutan kalau kalah kes. Kalau je, tak doakan kau kalah pun, jangan la koyak,” tulis Ard sebagai peraturan.

Pada masa yang sama, sahabat kepada Amin Idris itu berasa pelik bagaimana seorang insan yang mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah tergamak mahu menyaman dan bukan memaafkan.

“Sedangkan Nabi Muhammad SAW dimaki, dihina, dicerca oleh warga Quraisy, oleh Abu-Abu yang lain macam Abu Jahal, Abu Lahab, Baginda tetap je bersabar.

“Bilal bin Rabah yang kena teruk pun tak ada balas-balas, tetap percaya Allah SWT ada dan tak menyakiti sesama Muslim. Nasib baik Abu lagi sorang baik tolong bebaskan dia. Ke aku silap?” tulis Ard lagi.

Ard turut mengucapkan selamat berjaya kepada Abu Syafiq.

Pada masa yang sama, Facebook milik Amin Idris turut dipenuhi dengan sokongan-sokongan daripada netizen yang bersetuju untuk beliau meneruskan perkara tersebut ke mahkamah. Begitu juga di laman Twitter miliknya.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak