Keluarga bahagia bukan sahaja mampu menjaga dan menghorm4ti antara satu sama lain, tetapi juga hidup bergurau senda antara suami dan isteri.
Seronok melihat penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan suaminya pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain.
Dalam satu entri di Instagram milik Siti Sarah, dia berkongsi satu video pendek yang sangat melucukan apabila Shuib bersiap memakai baju melayu lengkap bersampin.
“You nak pergi mana sayang? Kenapa pakai baju melayu apa segala. You ada shooting apa?” tanya Sarah dalam video tersebut.
“Ya, I ada shooting. Eh, mana I punya iPad? Handphone pun okay. Eh kenapa you nak ikut?” gurau Shuib.
Lagak Shuib yang seolah-olah ingin berkahwin secara online sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa kedua-dua mereka.
“Lepas terawih tiba-tiba pakai baju melayu. Butang baju aku mana pah? Sekarang zaman on line jangan main gile @shuibsepahtu,” selor0h Siti Sarah.
Siti Sarah mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq m4tin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak