Bintang YouTube, Rhys William sekali lagi menarik tumpuan ramai apabila dengan beraninya menyahut cabaran untuk mempelajari tulisan jawi.
Semuanya dapat dilihat menerusi program terbaru terbitan Astro Gempak, Mind Your Jawi.
Menerusi episod pertama, Rhys dilihat sangat teruja dan mudah untuk memahami konsep penulisan jawi.
Menurut Rhys, jawi bukanlah bahasa tetapi hanya sekadar huruf, malah ia boleh digunakan dalam apa jua bahasa.
“Jadi tidak perlu takut untuk mengenali tulisan jawi,” katanya.
Menerusi episod pertama itu juga, Rhys turut ditemani oleh pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan serta penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi.
Anda boleh lihat bagaimana Fakhrul menerangkan pemahaman tentang jawi secara lebih mendalam.
Malah, anda pasti terhibur dengan gelagat Rhys dan Anas bersaing untuk menulis jawi berdasarkan perkataan yang diberi oleh Fakhrul.
Anda boleh tonton video tersebut di www.gempak.com dan YouTube Astro Gempak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak