Ogy Ahmad Daud mengaku tak ada duit langsai hut4ng, “Ramai kecewa dengan sikap Ogy..”

RUMAH dah siap, pahat pula berbunyi! Itulah situasi yang terjadi kepada penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks apabila mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit, Fauziah Ahmad Daud.

Dakwa Aloy di Facebook, dia kesal apabila Fauziah atau Ogy dilihat berdolak-dalik mengenai perkara berkenaan sungguhpun teater itu selesai dipentaskan pada awal Mac lalu.

Enggan membiarkan isu ini terus menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy tampil mengakui kebenaran mengenai rungutan yang disuarakan ALoy.

Tegas Ogy, yang terkenal dengan watak Asmidar menerusi filem Ali Setan itu, dia sedang berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.

“Dalam hal ini, saya mengaku masih belum menjelaskan bayaran semua orang kerana diuji dengan beberapa perkara kebelakangan ini termasuk wab4k Cov1id-19 yang melanda negara kita.

“Selaku penerbit, saya sedang berusaha untuk selesaikan semua bayaran baki tertunggak… cuma sekarang usaha itu masih belum menyebelahi saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Aloy menerusi Facebook berkongsi paparan skrin perbualan Whatsapp dan meluahkan perasaan kecewa kerana belum menerima bayaran daripada sebuah produksi.

Pengikut Facebook mStar menghantar paparan skrin luahan yang ditulis oleh Aloy Paradoks di laman tersebut.

Meskipun tanpa menyebut kepada siapa mesej itu ditujukan, namun ada yang meneka individu yang dimaksudkan itu ialah Ogy Ahmad Daud.

Mengulas lanjut mengenai bayaran tersebut, Ogy berkata dia sudah membayar sebanyak 30 peratus bayaran kepada penulis skrip teater berkenaan iaitu Aloy dan Rayza Mukmin.

 

Saya tak boleh halang dan tiada hak untuk menutup mulut sesiapa… apa yang boleh saya komen sekarang ialah saya sedang berusaha untuk selesaikan isu ini

OGY AHMAD DAUD

PENERBIT DAN PELAKON

“Ini saya kena beritahu… bukan saya tak bayar langsung ya! Saya dah beri 30 peratus dan baki masih belum dilunaskan lagi kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

“Saya tak pernah anggap mereka macam peminta sedekah kerana apabila sebut hut4ng semestinya wajib dibayar! Saya sedar mengenai hal itu.

“Percayalah… sekarang ini saya sedang berusaha dan masih belum putus asa mencari sumber kewangan untuk selesaikan pembayaran. Saya yakin dan percaya Allah akan membantu,” ujarnya.

Barisan pelakon dan produksi teater Korupsi Dewan Semandung.

Dalam pada itu, pelakon Ogy berkata dia belum bertemu dengan Aloy bagi membincangkan isu ini dan tiada hak untuk menghalang mana-mana pihak menulis luahan di laman sosial.

“Tiada sebarang perjumpaan lagi… tapi kami semua ada berhubung dalam group Whatsapp. Saya pun dah boleh agak jika mereka akan menggunakan media sosial bagi meluahkan mengenai perkara ini.

“Saya tak boleh halang dan tiada hak untuk menutup mulut sesiapa… apa yang saya boleh komen sekarang ialah saya sedang berusaha untuk selesaikan isu ini,” ujarnya.

Teater komedi seram, Korvpsi Dewan Semandung yang diterbitkan oleh Ogy Ventures & Network itu dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Teater arahan Khir Rahman ini dibintangi oleh Man Raja Lawak, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar