“Bercerita Burvk Manusia Bukan Amalan Saya Tapi…” – Khir Rahman

Baru-baru ini industri hiburan tanah air digemparkan dengan isu kegag4lan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korvpsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Isu tersebut kemudian menjadi bertambah serius apabila seorang pelakon teater iaitu Che Mat membuat lap0ran di Balai p0lis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, semalam.

Lap0ran berkenan dibuat apabila Che Mat berasa tert1ipu dengan janji manis Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Terbaru, pengarah teater tersebut, Khir Rahman tampil menyuarakan pandangan terhadap kemelut berkenaan.

Menerusi posting di Twitter, Khir menjelaskan dia kini sedang cuba untuk menahan isu berkenaan tersebar di media sosial.

“Secara peribadi, saya cuba menahan perkara ini dari tersebar ke media sosial dan pihak media. Sebagai manusia dan pengarah, saya tak mampu menahan kesah keluh mereka yang belum menerima pembayaran.

“Saya ada banyak cerita, namun biarlah sampai di sini dahulu. Saya mungkin menghorm4ti bakat Kak Ogy dan ia kekal begitu buat masa ni,” katanya.

Menurutnya, dia masih belum lagi buat lap0ran p0lis, namun kisah yang sedang berlaku adalah benar.

“Ada beberapa pemain dari teater arahan saya ini telahpun bertindak demikian kerana tidak lagi tahu mahu ke mana.

“Buat masa ini Kak Ogy memang mendiamkan diri dalam WhatsApp.

“Apapun saya masih berharap agar pihak Kak Ogy akan melunaskan segala pembayaran dalam masa terdekat ini.

“Sebab bercerita secara kronologi dari A sampai Z, termasuk sikap burvk manusia bukanlah menjadi amalan saya selama ini,” katanya.

Untuk rekod, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Tertiipu dengan janji manis, Che Mat buat lap0ran polis pada Ogy Ahmad Daud

SELEPAS tidak mampu lagi bertolak ansur dengan penerbit yang juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat membuat lap0ran di Balai p0lis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, hari ini.

Ia berikutan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater komedi ser4m, Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Che Mat yang juga pelakon teater itu, pihaknya berasa terti1pu dengan janji manis Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

“Sebelum teater ini dipentaskan saya sudah menerima 30 peratus bayaran dijanjikan manakala 30 peratus akan diberikan sehari sebelum hari pementasan dan selebihnya pada 16 Mac.

“Malangnya, pada hari pertama pementasan Ogy memohon maaf kerana tidak dapat membayar mengikut perjanjian kontrak. Mengenangkan reputasi dan namanya yang dikenali ramai dalam industri seni masing-masing berdiam diri dan meneruskan teater itu.

“Bagaimanapun, ketika menunggu tarikh yang dijanjikan iaitu pada 16 Mac untuk menerima baki bayaran penuh, Ogy masih memberi alasan dan seakan men1ipu saya dan pelakon lain. Malah dia pula terasa dim4lvk4n apabila dikatakan dipe3rli oleh segelintir pelakon dan kru dalam kumpulan WhatsApp itu sedangkan mereka hanya tidak sabar menunggu baki bayaran penuh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Mat, Ogy ada membuat pembayaran RM1,000 kepada beberapa pelakon dan berjanji melunaskan baki bayaran semalam.

“Disebabkan kegagalan itu dan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ia menyukarkan kami untuk berjumpa dan berbincang.

“Pun begitu, saya dan beberapa pelakon lain dihubungi Ogy yang sudah memasukkan duit RM1,000 dan maklumkan baki akan dibayar pada 30 April iaitu semalam.

“Sekali lagi apa yang dijanjikan hanya cakap kosong dan saya sudah tidak dapat bertahan lagi. Lap0ran ini dibuat sebab rasa tert1ipu selain mahu menuntut baki bayaran,” katanya.

Che Mat berkata, sepanjang 18 tahun terbabit dalam dunia teater ini adalah pengalaman terburvk pernah dilaluinya apabila terpaksa meminta hak yang sepatutnya dibayar mengikut perjanjian.

“Ketika menyertai teater ini saya terpaksa menolak beberapa tawaran teater yang datang kerana ingin memberikan sepenuh komitmen.

“Akibat daripada situasi yang berlaku ini sumber kewangan saya terjejas hingga menyukarkan diri untuk membayar beberapa komitmen dan perbelanjaan untuk keluarga.

“Saya bukan nak raih simpati orang tapi saya sekadar menuntut hak saya saja. Dalam keadaan PKP ini saya akui mengalami kesukaran untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan.

“Saya tak suka nak meminta sumbangan orang. Biarlah saya bekerja keras untuk membahagiakan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ogy ketika dihubungi berkata, sehingga kini dia tidak putus usaha untuk melunaskan baki bayaran kepada barisan pelakon dan kru produksi teater itu.

“Lap0ran yang dibuat mereka adalah kes sivil dan bukannya jen4yah. Saya tidak bnuh sesiapa.

“Apa yang boleh saya cakap sehingga sekarang saya tidak putus berusaha untuk membayar baki bayaran kepada mereka yang terjejas.

“Hut4ng wajib dibayar dan saya memang nak bayar duit mereka cuma duit yang ada tidak mencukupi.

“50 peratus hasil penjualan tiket saya bayar untuk pembinaan set dan audio serta pencahayaan. Duit hasil jualan tiket saya tak ambil langsung,” katanya.

Tambah Ogy, dia cuba untuk mendapatkan pinjaman bank namun usaha terbabit gagal.

“Saya cuba buat pinjaman bank tapi tidak diluluskan. Malah, saya juga cuba pinjam daripada beberapa pihak, tapi semua orang takut beri pinjaman dalam keadaan sekarang.

“Meskipun ditudvh pendvsta, saya telan. Saya tak dididik untuk buat semua itu. Saya terima ini sebagai ujian dan akan terus berusaha sebab nak sambut Aidilfitri.

“Ada yang tudvh kata duit tiket sudah dapat tapi tak nak langsaikan hut4ng. Individu itu tidak tahu cerita sebenar dan main tulis saja.

Itu satu fitn4h.

“Saya tidak melarikan diri atau menukar nombot telefon. Malah saya tak keluar daripada kumpulan Whatsapp itu pun. Adakah itu tanda orang meni1pu atau nak lari?

“Saya tahu selepas pementasan saya patut bayar bayaran kedua dan 16 Mac sudah selesai semua bayaran. Setiap hari saya akan maklumkan kepada mereka fasal terpaksa tangguh bayaran ini,” katanya.

Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Gempak