Kim Jong-un ‘muncul semula’ selepas 20 hari khabar angin kem4tiannya

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas 20 hari khabar angin mengenai kem4tiannya bertiup kencang.

Agensi berita Korea Utara, KCNA pada Sabtu memberitahu bahawa Jong-un menghadiri satu majlis di sebuah kilang baja di utara Pyonguang.

Dilaporkan, ia merupakan kemunculan pertama beliau di khalayak ramai sejak 11 April lalu.

Gambar yang dikeluarkan oleh media Korea Utara. Foto Yonhap News

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan KCNA.

KCNA melaporkan Jong-un terlibat dalam acara memotong riben pada majlis yang berlaku Jumaat.

Spekulasi mengenai kem4tian Jong-un timbul selepas beliau tidak menghadiri sambutan hari ulang tahun datuknya, Kim II Sung pada 15 April. – Mirror

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar