Kedai Melayu kena tutup tapi warga asing ‘kebal’ bebas berniaga musim PKP, pihak berkuasa tempatan (PBT) dipertikai Adun

KLANG – Warga asing didakwa ‘kebal’ dengan menjalankan operasi perniagaan sewenang-wenangnya di sekitar kawasan Klang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang membuat siaran langsung melalui Facebooknya ketika tinjauan di beberapa kawasan.

“Salam kepada Tuan Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ini apa? Warga tempatan ke warga asing? Ada lesen ke? Ikut SOP MKN ke?

Azmizam turut mempertikaikan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas peniaga warga asing terbabit.

“Semalam Tuan Pengarah cakap dengan saya MPK sudah ambil tindakan terhadap semua peniaga-peniaga warga asing. Jangan tipu saya sahabat. Berapa lama sudah pegang jawatan Pengarah Penguatkuasa MPK? Tak nampak ke ni?” katanya.

Azmizam menunjukkan kedai dipercayai milik warga asing beroperasi dalam musim PKP ini.

Beliau turut mendakwa bahawa apa yang berlaku ini bukan hanya di satu tempat malahan beberapa tempat lain di Klang.

“Nanti saya rakamkan video tempat lain pula ya Tuan Pengarah Penguatkuasa atau Tuan Pengarah Penguatkuasa nak saya buat FB Live baru percaya apa yang saya rakam ni?

“Ini satu permulaan pada hari ini 1 Mei 2020 jam 1615. Nantikan episod video yang seterusnya dan korang rakyat Klang tak akan sangka dengan apa yang ada di Klang ni,” katanya.

Menurutnya, terdapat satu kawasan warga asing berniaga secara terbuka tanpa menghiraukan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi.

“Ada satu tempat ni, warga-warga asing ini berniaga dengan meriahnya tanpa lesen dan tanpa ada perasaan takut pun dan seolah-olah dilindungi oleh seseorang.

“Tuan Pengarah Penguat kuasa tahu tak tempat ni? Jangan hanya kac4u warga tempatan sahaja tetapi warga asing dibiarkan ya Tuan Pengarah Penguatkuasa.,” katanya.

Tindakan Azmizam memuat naik suasana di hadapan kedai runcit warga asing tersebut disokong netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani dan PBT perlu ambil serius berkaitan isu yang dibawa ini.

Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung dakwaan berkenaan.

Sumber :Sinar

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hmtpress.allnws.com/