Staf duduk kurang dua meter, pusat panggilan helpline Covid-19 dig4ntung operasi sementara

SEBUAH syarikat yang mengendalikan pusat panggilan dig4ntung operasi daripada menguruskan helpline c0v1d-19 bagi pihak kerajaan United Kingdom.

Ia susulan pended4han Mirror yang mendapati tiada penjarakkan sosial dalam kalangan kakitangannya apabila mereka duduk kurang dua meter antara satu sama lain.

Satu siasatan dilakukan terhadap AGO Outsourcing yang mempunyai kira-kira 200 kakitangan yang bertugas di National Shielding Helpline sebagai subkontraktor Serco.

Pekerja di pusat panggilan di East Killbride itu memberitahu terdapat keadaan di mana majikan tidak dapat menjarakkan dua meter antara mereka.

Pekerja diminta untuk menandatangani satu pelepasan, yang mana syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya mereka sakit.

Menurut seorang pengurus kanan AGO kepada Mirror, segelintor kakitangan menghabiskan syif mereka dengan duduk pada jarak antara satu dan dua meter.

Beliau menegaskan bahawa syarikat itu mengikuti peraturan penjarakkan sosial – kerana garis panduan Scotland mengatakan terdapat keadaan di mana petugas barisan hadapan boleh duduk antara satu hingga dua meter.

Bagaimanapun, kerajaan UK mengarahkan Serco melancarkan siasatan segera.

Jurucakap kerajaan berkata, AGO kemudian menarik balik pelepasan itu di atas permintaan Serco.

Pada Jumaat, kerajaan kemudian memberitahu bahawa Serco telah menggantung khidmat AGO daripada mengendalikan pusat panggilan sementara menunggu hasil siasatan. – Mirror

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar