Wanita Beli Keledek 1Kg Secara Online, Namun Yang Sampai…

Kini dunia sedang berdepan dengan ‘musuh’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu c0v1d-19. Diklasifikan sebagai w4b4k pandemik, banyak negara yang telah pun memerintahkan penduduk mereka untuk kuarantinkan diri di rumah bagi mengelakkan w4b4k ini terus menular.

Disebabkan itu, ramai yang membeli barangan keperluan secara dalam talian atau menggunakan khidmat runner. Seperti yang kita tahu apabila membeli secara online, ada kelebihan dan kekurangannya.

Antara kekurangannya, kita tidak boleh memilih sendiri atau membelek-belek barangan seperti jika membeli di kedai atau pasaraya. Kelebihannya pula adalah dapat mengurangkan risiko dari terj4ngk1t w4b4k ini dan dapat menjimatkan masa serta tenaga.

Walaubagaimanapun baru-baru ini kisah seorang wanita beli keledek 1 kilogram secara online menjadi perhatian ramai. Wanita bernama Naomi itu terkejut apabila pesanan yang sampai adalah sebiji keledek dengan saiz luarbiasa besarnya.

Biasanya jika membeli sekilogram keledek, kita membayangkan seguni jenis ubi ini yang akan sampai. Tapi kisah Naomi ini memang membuatkan wanita tersebut sendiri terkejut melihatkan keledek yang tiba di rumahnya itu.

Rata-rata netizen men1ngg4lkan reaksi mereka mengenai wanita beli keledek namun menerima ubi dengan saiz luarbiasa ini di ruangan komen seperti berikut:

“Saya pula terima bawang gergasi baru-baru ini….”

“Sama! Malah saya tidak pasti adakah saya punya ini diklasifikasikan sebagai ‘sweet’ potato..Lihat sahaja kesan seperti urat itu…”

“Terima kasihlah buat saya ketawa hari ini…”

Sumber: Twitter Naomi

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL