Lagu patriotik untuk negara-penyanyi Roy muncul dengan lagu patriotik terbaru berjudul Stay At Home.

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan lagu Wawasan 2020 dan Satu Malaysia, penyanyi Roy muncul dengan lagu patriotik terbaru berjudul Stay At Home.

Lagu ciptaannya itu melakar sejarah peribadi apabila dilancarkan di bawah pentadbiran kerajaan baharu, malah judulnya selaras slogan mengekang c0v1d-19.

“Lengkap lagu patriotik tiga zaman pemerintahan kerajaan saya dendangkan bermula dengan lagu Wawasan 2020 iaitu pada era Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini disusuli lagu Satu Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Sekarang, lagu Stay At Home di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada BH Online.

Roy berkata, idea menghasilkan lagu Stay At Home tercetus selepas mendapati kebanyakan lagu berkonsepkan kata pagar itu bernada melankolik dan tidak bersemangat.

“Kita harus tanamkan sifat positif dalam diri iaitu duduk di rumah, bukan bermakna kita harus meratap. Kita kena anggap itu suatu perjuangan.

“Bagi menyemai sifat itu, saya hasilkan mood rancak dan meminta lirik dipenuhi kata-kata semangat waja,” katanya.

Baru dilancarkan, Roy atau nama penuh, Mohammad Rauzan Alwi teruja apabila Stay At Home menjadi pilihan stesen televisyen (TV).

“Lagu ini pernah disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) dan sedang menunggu slot untuk diputarkan di saluran milik kerajaan.

“Saya harap lagu ini diterima ramai, sama seperti lagu patriotik saya yang lain,” katanya yang bekerjasama dengan komposer Is Wow dan Rosli Ahmad sebagai penulis lirik bagi menghasilkan buah tangan terbaru itu.

Sementara itu, Roy yang terkenal dengan lagu Diari Mimpi dan Kau Ratnaku, mengaku keadaan sukar untuk penyanyi jalanan bekerja sekarang.

“Seminggu sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya sudah tidak keluar mencari rezeki.

“Saya cuba jadi bermain muzik atas talian seperti yang disaran rakan busker lain, tetapi situasi di rumah tidak mengizinkan.

“Kita hidup berjiran. Saya tidak mahu aktiviti ‘busking’ di rumah mengg4nggu ketenteraman mereka,” katanya.

Sebelum ini, Roy mencari pendapatan sebagai penyanyi jalanan. Dia sering beraksi di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa, di sini, pada setiap hujung minggu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online