Pendakwah bebas PU Rahmat Ikhsan tersentuh melihat beberapa foto yang tular menyaksikan orang ramai beratur untuk memajak barangan peribadi untuk memperoleh wang.
Demi survival, kata PU Rahmat tidak semua individu diletakkan dalam situasi senang dan berlapang untuk berdepan pandemik c0v1d-19.
“Sayu hati melihat ramai yang ke kedai pajak untuk mencari wang bagi melangsungkan kehidupan.
“Saya berharap rakan alam maya saya semuanya baik-baik belaka.
“Kadang kita tak sedar nikmat keselesaannyang kita ada kerana ia adalah warisan keluarga.
“Tapi tidak orang diluar sana yang susahnya berganda-ganda.
“Semoga kalian dalam keadaan sejahtera tanpa mengira agama,” doanya.
Tular beberapa keping foto orang ramai berpusu-pusu ke kedai pajak gadai sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada Isnin.
Perkara itu menyentuh hati ramai apatah ada dalam kalangan mereka terdiri daripada keluarga susah yang benar-benar memerlvk4n bantuan kewangan sejak PKP dilaksanakan.
Bersama mendoakan kesejahteraan buat semua. Kita harungi bersama!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak