“Saya Tak Percaya Ramai Orang Sayang…” – Vivy Yusof Sambut Ulang Tahun Ke-6 Duck, Set Edisi Terhad Habis Dalam Masa 30 Minit!

Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof meraikan ulang tahun ke-6 jenama tudung popularnya Duck pada Selasa. 

Menerusi laman sosial Twitter, Vivy berkongsi penghargaan dan berterima kasih kepada semua yang telah menyokong jenama itu selama ini. 

“Saya screenshot setiap ucapan ulang tahun yang anda semua tagged saya semalam. Sampai sekarang, saya tak percaya, betapa banyaknya dUck disayangi dan bagaimana jenama ini membuka banyak ruang persahabatan dalam komuniti. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Clearly the biggest dUCk fan. 😂 Birthday Collection launched last night and is almost sold out by morning! Thank you dUCkies for the love 🤎 @theduckgroup (Also wearing @duckcosmetics All Eye Need palette and Matte Love Blush Flush)

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

“Terima kasih kerana membesarkan jenama ini terus hidup dengan rasa cinta dan sokongan anda, dari hari pertama, alhamdulillah. Ini adalah gambar telefon pintar saya sekarang supaya saya selalu diingatkan oleh anda semua. Selamat ulang tahun keenam, dUck,” tulis Vivy sebagai kapsyen. 

Tambah istimewa apabila Vivy menerima banyak ucapan ulang tahun dan mengumpul setiap satu ucapan itu untuk dijadikan sebuah kolaj. 

Malah, Vivy turut melancarkan set edisi terhad yang terdiri daripada enam produk antaranya tudung, topi, sandal, beg dan bekas air. 

Difahamkan set edisi terhad ulang tahun keenam tersebut habis terjual dalam masa 30 minit ia dilancarkan di laman web FashionValet semalam.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar jenama ini terus berjaya dan menjadi inspirasi. 

“Happy birthday Duck! Terima kasih kerana menghasilkan produk yang baik sepanjang enam tahun ini,” tulis seorang wargamaya.

“Selamat ulang tahun buat jenama kegemaran saya. Terima kasih untuk enam tahun yang menakjubkan. Semoga terus lakar kejayaan,” ujar seorang wargamaya. 

“Duck dah 6 tahun! Kepada lebih banyak memori bersama,” ucap seorang wargamaya lagi. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak