Sejak beberapa hari lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korvpsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Malah kebanyakan pelakon dan kru terlibat turut memuat naik status di media sosial bagi berkongsi masalah tersebut dan meminta Kak Ogy agar tidak berdiam diri.
Antaranya adalah Man Raja Lawak yang tampil bersuara meminta penjelasan Kak Ogy.
Man turut mendedahkan berasa pelik kenapa Kak Ogy menyekat semua pelakon dan kru di laman sosial sekiranya dia di pihak yang benar.
” Teater Korupsi Dewan Semandung 2 bulan dah berlalu..rata-rata yang menonton smua memuji..2 minggu kami berkampung di IB terpaksa tolak JOB yg masuk.
” Sebab masing-masing nak berikan komitmen dan displin yang tinggi kerana pengarah nya bukan kaleng-kaleng, otai Kei Ramoss dan produser Kak Ogy.
” Kami bersatu hati untuk 3 hari persembahan walaupun pada hujungnya ada masalah dalaman..kini janji tinggal janji..hari demi hari..bulan demi bulan..
” Semua pelakon termasuk kru-kru yang terlibat terpaksa mengemis dan meminta-minta…bilakah kami akan dapat baki payment seperti yang di janjikan Kak Ogy.
” Kami masih menunggu dan akan menunggu payment kami kerana segala titik peluh dan kepenatan kami ada harganya bukan untuk di beri PERCUMA..
“Jangan macam ni” – Shuib komen
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata menyatakan rasa simpati terhadap Man dan pelakon lain yang turut menghadapi isu sama.
Malah rakan artis turut bersimpati dengan nasib Man. Antaranya Shuib Sepahtu yang bertanyakan hal tersebut dan sempat berpesan kepada Kak Ogy.
” Apehal dah berminggu-minggu keje tak bayar man???? Teater komitment sangat tinggi, almost setiap hari rehearsal, masa, tenaga dan kos setiap hari lagi. Tapi end up tak bayar???? Ape kes???
” Jangan macam ni, almost semua pelakon untuk teater ni aku kenal.. Harap dapat di selesaikan secepat mungkin.
” Semua manusia perlu meneruskan kelangsungan hidup. Tolong selesaikan masalah ini Kak Ogy atau pihak yang terlibat tq..” – tulis Shuib
Man dan kru balas komen Shuib
Komen Shuib tersebut turut mendapat komen balas dari Man dan rakan artis lain serta kru yang turut terlibat.
” Itu ar ib..kalau kita boleh baca hati dan niat masing-masing memang confirm tak amik JOB ni..kesian ib..pelakon ngan kru-kru sanggup berkorb4n mula keje kul 9.00 pagi abis kul 12 malam.
” Ada yang duk jauh amik hotel dekat-dekat Ib..ade yang ulang alik..semua pakai duit ib..skang semua dah macam peminta sedekah” tulis Man
Sementara itu, seorang individu dipercayai kru yang turut menjayakan teater tersebut bernama Syafinaz turut menjelaskan keadaan kepada Shuib.
” Takde ib semua whatsapp tak dilayan, Kak Ogy diam diri kesian kru-kru yang memang mengharapkan duit tu untuk teruskan hidup time pkp yang tak ada job ni…Man, finaz dah try personal dengan Kak Ogy untuk Man punya balance dia langsung tak balas sorry Man gua jdi serba salah…” tulis Syafinaz
Penjelasan Kak Ogy
Dalam pada itu, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud menjelaskan beliau tidak pernah berniat melarikan diri daripada tanggungjawab ketika dirinya diduga dan diuji dengan kemelut kewangan bagi menyelesaikan bayaran tertunggak team produksi.
Bahkan, sebagai manusia yang waras dan memiliki nilai kemanusiaan, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy sentiasa mengingatkan dirinya bahawa janji yang dibuat harus ditunaikan.
” Saya tidak zalim. Saya memahami mereka (tenaga produksi teater) juga memerlvk4n perbelanjaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
” Beri saya sedikit ruang dan masa, Insya-Allah apabila cukup dana yang saya perlvk4n, akan saya bayara kepada mereka semua,” janji Ogy lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://lamanhiburan.pw/