“Takutlah Kepada Allah” – PU Syed Tegur Video-Video Mesra Zarina Anjoulie Dan Kekasih

Syed Bakri Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed membuat teguran secara terbuka kepada Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Syed menegur perlakuan Anju dan kekasihnya yang dengan sengaja memuat naik video-video mesra untuk tatapan umum.

“Salam ramadhan buat pelakon bernama Anu dan kekasihnya. Video-video kemesraan kalian berdua, berkali-kali dengan sengaja dimuat naik ke media sosial kalian sekaligus menjadi tatapan followers kalian.

“Ambe nak tanya, semua itu atas tujuan apa ye? Adakah semata-mata untuk menunjukkan kemesraan atau nak tunjukkan kalian berani sekali melanggar batas yang dilarang dalam agama dari melepasinya?” tanya Syed.

Pesan Syed supaya Anju takut kepada Allah atas apa yang ditunjukkan kepada peminat-peminat kerana tiada hak yang lebih besar dari hak Allah yang patut umat Islam patuhi.

Syed juga meminta Anju untuk membantu Islam dan umatnya, khususnya pengikut-pengikut Anju agar takut kepada Allah.

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang har4m itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar mengenai halal har4m) yang tidak diketahui oleh ramai orang.

“Maka sesiapa yang takut terhadap syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar mengenai halal haram) yang tidak diketahui oleh ramai orang Maka sesiapa yang takut terhadap syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. …” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Harap teguran ni akan sampai kpd mereka Ambe off komen, agar takde yg melampau dlm memberi komentar #AdeAmbeTakut

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahya) on

“Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang dihar4mkan. …” (Riwayat Bukhari dan Muslim),” kongsi Syed lagi.

Syed Bakri juga berharap agar teguran yang diberikannya itu sampai kepada Anju dan pasangannya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak