Lebih 1 juta bakal hilang kerja jika sektor ekonomi ditutup – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak terburu-buru melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan membenarkan sektor ekonomi beroperasi semula.

Menteri Kanan (k3selamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan yang kerajaan ambil adalah secara berperingkat-peringkat.

Katanya, pembukaan sektor itu tidak buka secara mendadak, dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan tegas.

“Mula-mula kerajaan membenarkan syarikat berkaitan dengan ubat-ubatan dan bahan makanan sahaja beroperasi.

“Selepas itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seterusnya kita tambahkan lagi sektor dibenarkan, tetapi jumlah pekerja hanya 50 peratus.

“Selepas itu, kita tambah kilang yang boleh beroperasi dengan pekerja sepenuhnya. Restoran dulu hanya bungkus saja, kini kita benarkan makan di dalam restoran dengan penjarakan sosial.

“Bermakna, bukan kita buat semua dalam satu masa, kita buat berperingkat-peringkat,” katanya dalam wawancara bersama BH baru-baru ini.

Ismail Sabri yang menjadi jurucakap kerajaan mengenai PKP menjelaskan kerajaan sudah mengambil kira kebimbangan rakyat dengan pembukaan banyak sektor ekonomi dan kelonggaran pergerakan melalui pelaksanaan PKPB.

Katanya, semua dilaksanakan dalam keadaan bersedia dan pemantauan dilakukan bagi kita melihat keberk3sanannya.

Mengulas lanjut keutamaan pembukaan sektor ekonomi, katanya pertimbangan kerajaan bukan sahaja bersandar kepada fakta kerajaan kerugian RM2.4 bilion sehari.

Sebaliknya, tegas beliau apa yang lebih penting kerajaan melihat k3san kepada rakyat jika berterusan syarikat tidak dapat dibuka.

“Ramai menyatakan yang rugi itu ‘tauke’ besar dan mengapa kerajaan perlu melayan mereka itu. Kita jangan lupa bahawa jika syarikat besar tutup, pekerja akan hilang pekerjaan.

“Kita jangkakan lebih 1 juta akan kehilangan kerja jika sektor ekonomi terus ditutup,” katanya.

Beliau menjelaskan pertimbangan kerajaan juga mengambil kira nasib peniaga mikro.

“Memang benar kita boleh bantu dengan berikan bantuan RM3,000 seorang tetapi bukan selamanya. Kita tidak boleh bantu peniaga kecil ini setiap masa,” katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan dengan nasib peniaga kecil dan nasib rakyat yang bekerja dengan gaji hari.

“Saya tengok melalui laporan media, sedih saya, ada rakyat kita beratur di depan kedai pajak gadai. Ini berlaku kerana mereka tiada duit, menghadapi masalah kewangan kerana mungkin sebelum ini berniaga di warung dengan pendapatan RM60 sehari,”katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata pembukaan sektor ekonomi dilaksanakan dengan perancangan dan persediaan.

“Kita yakin kita boleh dan mampu menyelesaikannya. Akhirnya k3sihatan dapat dijaga dan ekonomi rakyat dibantu serta pastikan tiada pembuangan pekerja secara besar-besaran apabila cov1d-19 ini selesai,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese